Pages

Thursday, December 10, 2009

Seloka Bola

"Musim bola sama macam iklim khatulistiwa. Bola di hutan hujan tropika tidaklah hebat seperti iklim empat musim di Eropah. Anak bujang aku, memang gila bola. Pagi-pagi buta bangun tengok bola. Tengah-tengah malam terpekik seorang diri menonton bola. Suamiku pula, tak layan bola. Katanya bola itu bulat. Bukanlah hebat dan menyengat. Pergerakannya sering tersekat-sekat, walaupun bola itu bulat.

Dulu, aku minat bola. Bila tengok bola boleh hilang stres. Itu pasallah kerja rumah tak habis-habis! Selalu kena 'sound' dengan mak ayah, 'apaaa perempuan tengok bola?' Sekarang, tiada masa tengok bola. Tapi aku tetap suka dengan bola. Ada masa sedih dengan senario bola. Ada masa suka dengan bola Eropah. Ada masa pening dengan kerenah bola. Ada masa senyum sahaja melihat Viantiane dan bola."

Maria keluar daripada blognya. Catatan terbaru dalam blognya ringkas sahaja, namun punya makna dan maksud yang tersendiri.

2 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Pn. Maria,
Pelbagai emosi dan rasa suka duka umpama sebuah kitaran kehidupan seharian terkandung dalam bola sepak ini. Tidak mengapa untuk 'menggilai' bola sepak daripada 'mabuk' kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan makna dalam kehidupan.

Citra Wangsa said...

Hahaa..cayalah RAR...Hidup Bola!