Sepanjang minggu ini anak-anak saya menduduki peperiksaan setengah tahun di sekolah agama. Minggu depan pula, mereka akan mengambil peperiksaan yang serupa bagi sekolah kebangsaan. Saya mengerah mereka mengulang kaji pelajaran sepanjang tempoh tersebut. Beberapa larangan terpaksa dibuat untuk meningkatkan prestasi masing-masing, antaranya DILARANG MENONTON TV, DILARANG BERMAIN GAME, DILARANG MAKAN KEPALA IKAN, DILARANG KETAWA TERBAHAK-BAHAK, DILARANG TIDUR LAMBAT, dan DILARANG MENGHADAP KOMPUTER MELEBIHI DUA JAM. Sungguh pun mereka merengus dengan larangan-larang tersebut, namun nampaknya mereka akur setelah saya bentangkan risiko yang perlu mereka tanggung sekiranya pantang larang tersebut tidak dipatuhi. Saya tidak sama sekali menggunakan kekerasan, tapi tekak saya ni kadang-kala sakit juga apabila arahan tidak dipatuhi.
Ini baru peperiksaan setengah tahun. Belum lagi peperiksaan yang besar-besar. Saya melatih mereka berdisiplin dengan menubuhkan undang-undang kecil di rumah. Undang-undang yang telah diwartakan, wajib dilaksanakan! Jika tidak mereka akan dikompaun. Sepanjang dua minggu ini, saya sering melihat jam. Dalam kepala sering terfikir, bolehkah mereka mengekalkan prestasi cemerlang seperti keputusan yang sudah-sudah? Terbayang wajah mereka menjawab soalan di sekolah. Ah, anak baru sekolah rendah, ibu dah kalut! Namun, dalam kekalutan dan kegusaran...saya tetap tidur dengan lena! Tidur tetap tidur... All the best for both of you, my kids!
6 comments:
Semoga berjaya anak2 ko, insyaallah... diorang pun bijak mcm mak bapak nyer jugak. Tapi ada satu peringatan utk ko dan laki ko zura... kat sini aku ingin berkongsi mengenai aspek menjaga perkembangan minda dan emosi anak2 semasa menghadapi exam... aku ingin memesan:
IBU BAPA DILARANG BUAT ANAK-ANAK BERASA TERTEKAN DENGAN EXPECTATION...
Kalau anak2 dah berusaha, cukuplah... Sebenarnya mereka dah lakukan yg terbaik mengikut kapasiti mereka. Ibu bapa jangan terlalu memikirkan sgt ttg cemerlang atau tidak keputusan exam itu nanti...
Dulu aku dpt result yg tak berapa bagus, mak ayah aku sgt rasional... mereka sekadar bertanya 'Apa yang perlu dilakukan seterusnya utk baiki keadaan?', dan bukannya 'Kan mak dah kata, ko nih degil, pemalas, ambik ko! Result memalukan!'....
Senang cakap, takde pendekatan yg negatif... So, aku tak rasa terhukum sebaliknya percaya mak ayah aku sentiasa sediakan ruang utk aku perbaiki diri.
Sekian seminar keibubapaan olehku yg belum punya keluarga atau anak2... ekekekekeke...
Wow!!! Syabas! Tak pasal-pasal seminar percuma! Thanks Hamzah. Aku pun suka kaedah mak ko. Bukan setakat kaedah mendidik anak saja, malahan kaedah bercakap, kaedah ketawa, hatta kaedah menyindir orang pun aku ikut kaedah mak ko! Mak ko memang hebat! Satu je yang aku tak berkenan...kaedah meninggalkan rumah...lepas tu suruh aku yang jaga!
Ko pernah jugak dapat result tak bagus ye??? Oooo..masa kat matriks dulu ke? Kantoi Kimia??? Hahahaha!
Ha ha ha.... ko sebat jer budak2 tu zura...
AKu nie salah satu product yang terhasil dengan kaedah garang mak bapak ku...
tapi memang pain laa,,...
cuma mendidik anak ..ada strategi.. tiap2 orang lain..
anak pertama ngan anak kedua mungkin taksama caranya untuk kita membesarkan mereka.
Apa-apapun... mereka akan tetap respect ko... sebab zura adalah seorang mak yang cantek... ha ha ha
Salam AZURA,
Anak-anak periksa, ibu yang gusar, cikgu yang penat jugak! Kena buat soalan, kena kira bilangan soalan, kena bungkus soalan, kena jaga budak jawab soalan, kena semak jawapan, kena analisis markah, kena bambu dengan bos kalau prestasi buruk, dan yang terakhir, kena tengok anak-anak yang nak periksa jugak!
Selamat Hari Guru, khas kepada Azhar Salleh...
Azura,
2 anak (darjah 4 dan 1) nak periksa tapi saya tetap beri mereka main 'game' serta main bola di padang lagi... kecuali jangan ganggu adik baharunya yang berusia 11 hari.
Saya zaman sekolah rendah serta sekolah menengah ketika nak ambil SRP dan SPM sekalipun tetap main-main tetapi utk STPM saya tumpu berhabisan kerana subjek dalam STPM kena dengan minat sendiri...
Alfaf,
Mak bapak ko garang, sbb memang dorang nak ko jadi doktor. Kalau dorang baik mulia mcm aku ni...ntah pe, tak sampai hajat dorang tu.
Cikgu Azhar,
Mujurlah saya tidak bekerja seperti itu. Tapi, saya juga guru bagi anak-anak saya (sayalah guru kelas, guru hal ehwal pelajar, guru kaunseling, guru pen. kanan, guru bg semua matapelajaran termasuk lukisan dan pendidikan jasmani, dan saya juga guru besar!!!). Huhhh...penat jugak...mujurlah murid saya dua orang saja setakat ini.
RAR,
Anak2 saya memang dilarang keras bermain-main sepanjang musim peperiksaan sbb kalau leka bermain, mereka penat...dan dgn yakinnya mereka tidur lebih awal tanpa membaca buku, walaupun utk membaca kulitnya!
Post a Comment