Sejak dua tiga hari kebelakangan ini, seisi keluarga diserang deman, selsema dan ketidakstabilan emosi. Anak-anak saya baru pulih daripada demam dan selsema. Alhamdulillah... Tetapi penyakit tersebut kini berjangkit kepada saya. Mungkin kurang vitamin dan sistem imunisasi yang agak rapuh. Seperti mana biasa, hanya herba yang bisa menjadi penawar. Selain minum air rendaman bunga cengkih untuk menghilangkan kegatalan tekak, saya juga mengamalkan minum air suam sebanyak mungkin. Harap-harap penyakit ini bukan jangkitan virus H1N1. Huh! Selisih!
Dalam keadaan yang agak pening-pening lalat dan selsema, saya kurang berminat untuk memandu. Namun, kerana tuntutan kerja dan rutin harian, saya tetap memandu. Malangnya, seringkali berlaku gangguan di atas jalan raya. Apabila memandu kereta dalam kelajuan 50 km/jam, mulalah kereta di belakang 'bingit'. Tabiat pemandu Malaysia memang macam ni gamaknya!!! Kalau boleh nak over taking dari jarak 100 meter! Tadi, saya berhenti di lampu isyarat di simpang Perpustakaan Sultan Ismail, untuk pulang ke rumah pada waktu tengah hari. Kereta saya berada dalam deretan paling depan. Apabila lampu bertukar hijau, dengan malasnya saya menukar gear dan menekan pedal untuk bergerak. Belum sempat gear bertukar, kereta belakang membunyikan hon! Memang tak menyabar! Saya geram kerana, jalan raya (lebih-lebih lagi di simpang) bukan tempat menunjukkan kehebatan cc kereta mahupun kehandalan memandu. Kerata saya, sudahlah manual...sabarlah sikit! Hidung saya sudahlah selsema...sopanlah sikit! Saya menjeling kereta di belakang menerusi cermin tengah di hadapan. Sebuah proton Wira Aeroback berwarna hitam - WHE 78**. Elehhhh!!! Wira jeee...saya sangkakan Ferrari Juliana Barnos!!! (Maaf, saya tidak bermaksud memperlekeh kereta buatan Malaysia). Saya cuma ralat dengan tindakan sesetengah pemandu Malaysia yang kononnya berjiwa patriotik apabila memakai kereta buatan tempatan, tetapi tidak mempamerkan ciri-ciri yang mampu dipuji. Pemandu Wira tersebut sekali lagi membunyikan hon (yang lebih panjang dari tadi), lantas menekan minyak sekuat hatinya ketika memotong kereta saya. Asap berkep0l-kepol! Saya sempat memerhati dengan hati yang menggerutu. Kalau nak tunjuk jaguh pun, tak kanlah dengan saya yang perempuan ni...saya mencebik apabila pemandu Wira itu memandang sekilas ke arah saya. Sudahhhlah! Setakat Wira bumper kemik...lagi kau nak eksyen yeee...(itulah kata hati saya, cuma tidak terluah kerana saya tiada teman berbual ketika itu).
Ketika sampai di Jalan Datin Halimah, kenderaan bergerak perlahan...jamm la pulak. Hidung saya mula tersumbat. Emosi tambah kacau. Saya sangat mengejar masa. Saya tahu jalan tersebut agak sesak pada waktu-waktu puncak apatah lagi waktu itu waktu makan tengah hari. Kereta saya bergerak perlahan. Beratur panjang bagai menunggu giliran membeli tiket wayang 'Upin dan Ipin'! Saya sangkakan mungkin kerana lampu isyarat di hadapan SM Teknik Azizah mengganggu perjalanan saya...rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Tiba di hadapan PNB, kelihatan sebuah kereta Wira hitam terbabas di selekoh jalan. Hahahahaha.....(gelak kuat dalam hati je). Itulah Wira yang membunyikan hon kepada saya tadi...
Emosi saya kian stabil tatkala melepasi tempat tersebut. Betapa bersyukurnya saya kerana terselamat dalam perjalanan. Kereta yang Allah berikan, hanya untuk kemudahan perjalanan, bukan untuk bermegah-megah. Apapun kenderaan yang kita gunakan, mulakanlah dengan langkah kanan, diikuti dengan 'subahannallazi saharalana haza, wamakunnalahu mukrinin, wa inna ila rabbina, la munqalibun...'.
*Ini iktibar untuk saya juga. Perlu banyak bersabar ketika memandu.
5 comments:
aku mmg kenal cara ko drivingg... mmg kategori balada. lagi plak ko tgh selesema, byk la plak nak bagi alasan... kalau aku la kat blakang keter ko... mmg aku hon kuat2 jugak.. ekekekeke... pastu siap baling stokin kat cermin ko kasi ko tambah tergezut...hehehe...
moral of the story: sebenarnya aku pun marah gak pd driver yg tak tau budget timing lampu nak ijau. time tu la baru nak tekan clutch, tolak gear, timbang minyak... kalau kene kat trafik light yg hijau dia skejap jer, tak ke hangin? berderet keter kat blakang lagi nak menunggu. tp tak la sampai aku nak hon2 mcm pemandu Wira terbabas tuh. sabo jer la zura. mmg kategori balada mcm ko susah nak menang dlm juara lagu lately nih... (aik? apa punya kesimpulan nih??) wakakakakak! sajer lawaks... take care!
Salam AZURA,
Lama tak berbicara melalui maya. Saya sangat bersetuju dengan saudara Hamzah! Zaman ini, kategori balada dah tak boleh cari makan lagi! La ni zaman Bandi Amuk! Kena pantas...dalam waktu yang sama, kena sabar jugak! Saya rasa kalau saya di belakang Azura, mesti saya honkan jugak! Cuma saya mungkin tak terbabas kerana saya pemandu yang berhemah, berbudi bahasa dan bersopan santun...Allah suka orang macam saya ni...ehm..ehm..
Lain kali, bawak kereta laju sikit...
Hamzah,
Masa tu aku drive ATOS jek! Kalau aku drive HONDA...mungkin aku tak sebalada yg ko sangkakan. Ko pakai kereta apa skang? Masih lagi kereta POLIS 8080 ke?
Cikgu,
mungkin masa tu saya diserap lagu-lagu balada yang radio putarkan...tu la pasal tak leh nak AMUK...
lawak... kalu aku jadi ko, aku siap angkat tangan tunjuk ibu jari kat driver wira tuh... :D
Intan, drpd thumb, lebih baik yang middle! Lagi puas hati!
Post a Comment