Pages

Wednesday, May 20, 2009

Semoga Panjang Umur


Happy 8th Birthday!
Kek pemberian opah, jersi MU hadiah daripada ibu, topi Ferrari istimewa daripada ayah.


Lapan tahun yang lalu, saya melahirkan seorang bayi lelaki yang menjadi kesayangan keluarga (lebih-lebih lagi keluarga sebelah saya), kerana inilah cucu sulung emak dan ayah saya. Mereka sangat teruja dengan kehadirannya. Dia menjadi rebutan! Setiap minggu ada saja yang meminjamnya untuk dibawa berjalan-jalan. Dia juga dijadikan anak angkat kepada adik ketiga saya. Emak dan ayah saya pasti akan membelikan cucu sulung mereka ini dengan bermacam-macam hadiah jika mereka keluar melancong ke mana-mana.

Cucu dan anak sulung ini karektornya berlainan dengan adik-adiknya. Dia terlalu banyak bertanya. Terlalu banyak bercakap. Orang putih kata 'noisy'. Tapi, cepat merajuk. Kalau hatinya sedih, dia mudah mengalirkan air mata (walaupun tak meraung-raung). Tengok cerita sedih di TV pun boleh menangis??? Ya, hatinya sensitif, mudah tersentuh. Tengok kucing terbiar pun meleleh air mata...Tapi, dia seorang yang aktif. Suka melakukan aktiviti luar (bermain, bercucuk tanam, berlatih silat). Dia sangat 'gila' akan kereta (terutamanya kereta lumba dan kereta mewah). Tanyalah apa saja jenama kereta di dunia ini...pasti dia tahu. Bukan setakat tahu nama, malahan berupaya melukis simbol/lambang kereta tersebut (ayahnya pun kadang-kadang kalah dengan dia). Koleksi kereta mainannya...huhhhh! penuh satu bilik! Ferrari menjadi kebanggaannya. Marah sungguh dia jika Ferrari kalah dalam perlumbaan F1. Dia juga minat dengan bola. Maaf cakap...M.U menjadi kelab bola sepak kegemarannya (nampaknya dia tak boleh geng dengan anak Encik Rusdi). Walaupun kadang-kadang di memuji Everton, namun M.U tetap dalam hatinya. Yang paling saya suka, dia pandai melukis. Lukisannya sering mendapat pujian para guru dan belum pernah mendapat gred selain A dalam subjek Pendidikan Seni dan Visual dalam peperiksaan. Bakat ini mungkin mengalir daripada ayahnya.

Kini, cucu sulung itu telah genap lapan tahun usianya (19 Mei 2009). Dia tetap menjadi kesayangan atuk dan opahnya walaupun dia telah memiliki dua lagi adik. Cucu sulung tetap cucu sulung. Layanannya sangat istimewa jika dibandingkan dengan cucu-cucu yang lain. Tahun ini, seperti tahun-tahun yang sudah, majlis hari jadinya disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan (apatah lagi dia sedang dalam minggu peperiksaan).

Semoga anak ini terus cemerlang dalam pelajaran, tinggi budi pekerti dan penuh iman di dada.

2 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Azura,
Anak saya boleh geng walaupun dia meminati Chelsea (serta tidak menyukai Man U) kerana anak saya berusia 7 tahun yang bernama Raziq meminati pasukan Ferrari (beliau ada baju Ferrari yang merah menyala itu... tapi bukan merah Man U). Hampir semua nama pelumba F1 dia ingat@hafal, dia tidak meminati langsung Lewis Hamilton... Hehehe...

Ameen Homestay said...

Pakcu ingin berkenalan dgn peminat cilik MU. Apa nama ek? Zafri ? Mulai hari ini kita geng. Amacam ? :)