Akhirnya...akhirnya...akhirnya kau berkahwin juga! Beberapa hari yang lalu, ketika membeli ubat di Farmasi Guardian, BBU saya dan suami terserempak dengan jejaka idaman Malaya ini. Beliau keluar dari sebuah kedai gambar yang bersebelahan dengan farmasi tersebut. Pages
Wednesday, April 29, 2009
Selamat Pengantin Baru, Zam
Akhirnya...akhirnya...akhirnya kau berkahwin juga! Beberapa hari yang lalu, ketika membeli ubat di Farmasi Guardian, BBU saya dan suami terserempak dengan jejaka idaman Malaya ini. Beliau keluar dari sebuah kedai gambar yang bersebelahan dengan farmasi tersebut. Tuesday, April 28, 2009
Bicara Herba: Mahkota Dewa
Baru-baru ini seorang teman yang turut sama meminati tanaman herba telah mencadangkan kepada saya untuk mencari Mahkota Dewa. Katanya mahkota dewa biasanya menjadi tanaman lanskap atau hiasan atau sebagai tanaman peneduh. Penat saya merempuh nursery yang biasa menjual pokok-pokok. Semuanya tidak mengenali mahkota dewa.Monday, April 27, 2009
Hari Buku Sedunia
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa-apa yang tidak diketahuinya. Bacalah dengan nama Tuhanmu (al-Baqarah 1:5).*Tahniah kepada teman-teman DBP yang bertugas di Pesta Buku KL tahun ini, atas anugerah Gerai Terbaik 2009! Tahniah kepada Puan Nor Aida Salleh yang mengerah seluruh keringat untuk usaha ini!!! You go girl!!!
Monday, April 20, 2009
Semoga Atuk Dicucuri Rahmat
Thursday, April 16, 2009
Warkah Kasta Jelata
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik mohon diampun. Patik, pacal yang hina mohon perkenan duli Tuanku, Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil 'Alallah, merafak sembah mencoret sebarang dua kalimah dalam blog patik ini.Wednesday, April 15, 2009
April yang Membahagiakan
April merupakan satu-satunya bulan yang paling membahagiakan. Minggu pertama April, merupakan ulang tahun kelahiran N (satu-satunya adik perempuan aku) pada 2 April, minggu ke-2 (11 April) giliran aku meraikannya, minggu ke-3 adalah sambutan paling bermakna kerana bonda tercinta menyambutnya pada 17 April dan minggu terakhir merupakan sambutan penutup oleh ayahanda tercinta (30 April).
Suatu waktu dahulu, ketika kami (aku dan N) masih 'single' - kami sekeluarga akan menyambut April dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan. Kadang-kadang, sambutan hari lahir ini kami sambut dengan majlis kesyukuran di Kampung Punggor, Batu Pahat (kampung ayahanda). Adakalanya kami menyambutnya di rumah Mak Ngah di Kota Tinggi. Kami sangat rapat dengan keluarga Mak Ngah, sementelaah dialah yang menjaga aku semasa aku kanak-kanak dahulu (Mak Ngah merupakan adik ke-2 ayah).
Kini, segala kenangan hanya mampu kukenangi. Memori hanya tinggal memori. Semenjak mempunyai keluarga sendiri, tiada lagi istilah sambutan hari lahir bagi keempat-empat kami. Namun, penghargaan terima kasih wajar diberikan kepada staf di pejabat DBP Wilayah Selatan yang bertungkus-lumus mengadakan majlis sambutan ulang tahun aku dan teman-teman yang 'sekelahiran' dengan aku, baru-baru ini. Terima kasih kepada Aishah yang menjadi tulang belakang majlis tersebut. Dalam kemeriahan menyambutnya, semua terlupa akan kamera!
Berikut merupakan ciri-ciri orang yang lahir pada bulan APRIL.
Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit di sekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.
(Sumber: Dr. Fadilah Kamsah)
Tuesday, April 14, 2009
Bengkel Penerbitan Majalah/Buletin
(Wajah semangat seorang pejuang bahasa!)
My Dear Zarin
Friday, April 10, 2009
The Best of 'Botchan'
Last month my sister in law came back from Japan. She brought a one very popular novel in Japan. The title is 'Botchan' by the author Natsume Soseki. She said, the book is for me! Wow! This is what i'm waiting! I immediately read this book. But, actually its to hard to finished! My baby always interrupt my reading! But i'm so happy to finished 'Botchan' on 10 days! So long! What is proud of this book is - published on 1906 (one year before the author pass away). But, the English version just published on 2005. And i'm the lucky one!Monday, April 6, 2009
Jiran Baru
Semoga Malaysia meninggalkan kenangan yang terindah buat mereka berdua. Dan, peluang berjiran dengan warga Jepun tidak akan aku sia-siakan!
