
Nama sainstifiknya Phaleria Macrocarpa. Tamanan ini banyak terdapat di Indonesia dan dibuat penawar sakit jantung dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Kata bibik adik ipar saya, mahkota dewa sangat mudah diperoleh di Indonesia kerana hampir setiap rumah menanamnya. Katanya pokok tersebut dulunya dibawa dari Irian Jaya, lalu tersebar ke seluruh Indonesia kerana khasiatnya.
Buah mahkota dewa mengandung beberapa zat aktif seperti alkaloid dan ia berfungsi menuteralkan racun dalam tubuh manusia. Tumbuhan ini juga boleh mengurangkan kadar gula dalam darah dan melancarkan peredaran darah. Ia juga mengandungi polifenil dan saponin (glikosida steroid) yang berfungsi sebagai antialergi, anti bakteria, dan anti virus. Pendek kata, memang sesuai untuk pesakit-pesakit jantung terutamanya pesakit jantung koroneri. Jika ada sesiapa yang tahu di mana boleh saya dapatkan mahkota dewa ini, harap dapat memaklumkannya kepada saya.
Sumber: Bibik Adik Ipar Saya.
No comments:
Post a Comment