Encik Hideki Shinohara (58 tahun) dan Puan Tomoko (56 tahun) begitu peramah dan sangat bersopan santun. Seperti mana kelaziman orang Jepun, mereka sangat menghormati orang lain dan sangat berlembut bicara. So polite! Kali pertama bersua, mereka diajak datang ke rumah. Kami menjamu mereka dengan hidangan masakan Melayu yang terkenal-sate! Simple but so delicious! Encik Hideki seorang arkitek bangunan manakala isterinya seorang konsultan warna (colour consultant for make up, interior design,building color etc). Khabarnya mereka telah melancong ke merata tempat dan baru-baru ini sangat teringin menetap di Malaysia kerana khabarnya Malaysia sangat harmoni. Encik Hideki berkeinginan mempelajari bahasa Melayu kerana anak dan menantunya kini agak fasih berbahasa Melayu setelah menetap di Bali, Indonesia (pasti bahasa Melayu Indonesia yang mereka amalkan). Aku katakan kepada mereka bahasa Melayu bukan susah untuk dipelajari. Dan mereka sangat seronok apabila aku menawarkan diri untuk mengajar mereka bahasa Melayu.
Kami saling bertukar-tukar cerita tentang bahasa, budaya dan adat resam. Pada mulanya, mereka agak canggung dengan masakan Melayu. Kata mereka Malaysian food absolutely spicy and sweet! Pendek kata, orang Malaysia suka pedas dan manis. Tapi, lama kelamaan, mereka semakin boleh menerima makanan Melayu. Kami sendiri agak musykil apabila mereka minum air (teh atau kopi atau apa sahaja minuman) tanpa gula. Memang tak masuk tekak aku! Tapi itulah kelaziman mereka. Memang patut warga Jepun kebanyakannya panjang umur, tak berpenyakit, tak nyanyuk! Malahan kuat dan bertenaga walau umur sudah setengah abad. Menurut stastistik WHO, rakyat Jepun menduduki tanggan ke-3 selepas Singapura dalam carta umur paling panjang di dunia. Hebat!
Semalam, aku melihat Tomoko berkain batik. Alahai...ayunya! Kalah aku yang Melayu ni! Aku menegurnya yang sopan berbatik. Katanya, dia suka dengan meterial kain batik yang tahan lasak dan coraknya sangat menarik. Anaknya yang tinggal di Bali sering membelikannya kain batik untuk kegunaan harian. Katanya jiwa Melayu semakin meresap dalam hidupnya. Manakala, jiwa dan aura Jepun pula semakin meresap dalam hidup kami sekeluarga. Anak-anakku semakin menggemari masakan Jepun (makan nouri (rumpai laut) dengan nasi panas), minum teh Jepun, semakin galak menonton animasi Jepun dan semakin suka mempelajari kosa kata Jepun.
Semoga Malaysia meninggalkan kenangan yang terindah buat mereka berdua. Dan, peluang berjiran dengan warga Jepun tidak akan aku sia-siakan!
4 comments:
Sambil2 tu, selitkan ajaran Islam sekali. Mana tau..terdetik hidayah buat mereka..besar pahalanya. :)
salam kak zura,
Encik Hideki Shinohara dan Puan Tomoko, beruntung berjiran kak zura - memang tepat untuk mereka belajar bahasa melayu. ren teringat Ayumi yang memeluk islam bila berkenalan dengan 'syuji' dalam cerpen Marshmallow ren.he.he.
Azura,
Saya juga sekarang ini berjiran dengan orang Korea. Semasa berkenalan dengannya, dia menyatakan sudah 3 tahun di sini. Tahu juga sikit-sikit berbahasa Melayu. Saya juga berjanji dengannya untuk mengajar bahasa Melayu.
Intan,
Bukan senang nak menyerapkan ajaran Islam kpd mereka. Tapi, mereka sangat excited dengan gaya hidup Islam (masuk rmh beri salam, makan dgn tgn kanan, memilih makanan halal, cium tgn ketika bersalam,dll). Setiap kali kami bertemu, pasti banyak yang kami borakkan. Macam dah kenal lama! Apa taknya, aku jiran 'next door'.
Ren,
Baru akak teringat...dalam Mazhab Cinta, banyak cerita dan watak orang Jepun. Kenapa ye???
Encik Shapiai,
Kita beruntung jika berpeluang mengenali bangsa, budaya dan bahasa orang lain. Orang Korea pun tak kalah dengan budayanya. Saya akan pastikan jiran saya itu fasih berbahasa Melayu spt org Korea tu (nak menyebarkan bahasa Melayu, tak payah ke luar negara). Semakin lama semakin ramai bangsa asing yang mendiami bumi bertuah ini.
Post a Comment