Pages

Thursday, April 2, 2009

BN Will Be End???

Anak aku memang suka memasang telinga kalau aku berborak di telefon. Kelmarin seorang kawan menghubungi aku dan kami berbual rancak tentang beberapa pilihanraya kecil yang akan berlangsung tak lama lagi. Selepas meletakkan telefon, si anak bertanya, "Apa yang be end?" Aku menjawab acuh tak acuh..."BN lah..not be end." Sambil memasukkan semua bukunya ke dalam beg sekolah, dia berkata sendirian..."oooohhh, BN will be end...". Aku tersenyum melihat anakku yang masih mentah tentang kehidupan dunia ini. Ya, semua kehidupan dalam dunia ini tiada yang kekal...

3 comments:

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Harap-harap masinlah mulut anak Azura! Rasa-rasanya, itulah yang kita harapkan! Entahlah orang lain...

Rusdi Abd Rahman said...

Azura,
Saya sememangnya cukup minat ikuti perkembangan politik terutama selepas tragedi 2 September 1998 (ya... ketika waktu ini sibuk menuju ke arah perkahwinan). Juga bertambah lebih rancak serta secara konsisten sejak 8 Mac 2008. Anak juga selalu tegur... "kenapa ayah duk marah-marah dan benci bila orang-orang itu (khas untuk beberapa pemimpin utama parti itu) bercakap kat tv?, kan ayah tak suka kat parti tu..., tak payah tengok dan dengarlah..."
Dan banyak lagi dapatan daripada dialog dan fahaman anak tentang minat ayahnya ini, mungkin dimasukkan dalam blog rarws satu hari nanti.

Citra Wangsa said...

Cikgu Azhar dan En. Rusdi,
Kadang-kadang saya tersepit antara fakta dan auta. Nak cakap dengan anak-anak fasal politik, bukan boleh sebarang cakap. Rasanya, biarkan mereka membuat tafsiran sendiri apabila besar kelak.