Pages

Monday, April 27, 2009

Hari Buku Sedunia

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa-apa yang tidak diketahuinya. Bacalah dengan nama Tuhanmu (al-Baqarah 1:5).
23 April merupakan Hari Buku Sedunia yang telah diiktiraf Unesco. Namun, ramai yang tidak ambil kisah, malahan ada juga yang tidak mengetahui tentang hari buku ini. Hari buku disambut selepas Hari Bumi Sedunia (22 April) setiap tahun. Pun begitu, pastinya ramai yang tidak ambil pusing dengan Hari Bumi. Saya pasti, sama ada hari buku atau hari bumi, kedua-duanya diraikan oleh mereka yang dekat dengan kedua-duanya. Hari Bumi akan disambut oleh para pencinta alam. Manakala hari buku, akan disambut oleh ulat buku (ada juga ulat buku yang tak tahu akan hal ini).

Buku, masih penting dalam era kemajuan teknologi canggih masa kini. Pendapat sarjana Kanada, Marshall McLuhan bahawa buku akan pupus satu hari nanti, kerana kemunculan medium lain yang menggantikan buku, sama sekali tidak masuk akal. Bagaimana sarjana yang cerdik boleh meramalkan ramalan yang tidak masuk akal itu? McLuhan, telah lama mati, namun buku masih terus 'hidup'! Konsep buku yang digariskan oleh Unesco ialah - lembaran kertas yang bercetak, dijilid, mempunyai kulit (yang berbeza dengan kertas teks), sekurang-kurangnya 49 halaman, dicetak sekurang-kurangnya 50 naskhah dan mesti dibuka untuk jualan (adakah halaman bercetak dan berjilid yang dicetak kurang daripada 50 naskhah dan tidak dikomersialkan tidak dianggap sebuah buku?). Kriteria tersebut bukanlah garis panduan untuk menerbitkan sesebuah buku kerana di Indonesia, lapan halaman bercetak telah dianggap sebuah buku. Di Sri Lanka pula, halaman yang bercetak yang dijilid dan mempunyai kulit sudah dianggap buku, tanpa mengira jumlah halamannya. Sebenarnya konsep buku yang dinyatakan oleh Unesco sekadar mahu membezakan kertas-kertas bercetak yang lain seperti brosur, pamplet, katalog dan yang seangkatan dengannya dengan sebuah buku.

Buku merupakan medium yang penting dalam proses pendidikan dan itulah juga asas pembangunan sesebuah negara dan sesuatu kelompok masyarakat. Setiap individu yang ingin menyatakan perasaan, pemikiran dan ideanya akan menulis sebuah buku. Buku umpama harta (interlek) yang boleh diwarisi dari satu legasi ke satu legasi yang lain. Di Malaysia, individu atau organisasi yang ingin menerbitkan sesebuah buku tidak perlu memohon lesen untuk menerbitkan buku. Terbitlah apa-apa pun, asal sahaja kandungannya boleh dipertahankan.

Bagi saya, buku bukan seperti media elektronik televisyen atau radio. Maklumat daripada buku boleh direkod dan didokumentasikan. Maklumat daripada televisyen, radio biasanya diperoleh secara asas sahaja dan tidak boleh didokumentasikan kecuali dirakam. Itupun masih tidak dapat menandingi buku yang boleh dikelek ke mana-mana sahaja. Sejak kecil, saya 'dirasuk' buku lebih-lebih lagi apabila tiba musim peperiksaan. Semasa zaman kanak-kanak dan remaja, saya paling seronok apabila emak dan ayah menghadiahi saya sebuah buku (kerana kejayaan dalam peperiksaan mahupun kerana hari-hari istimewa). Dan siapa sangka saya akan bekerja dalam suasana perbukuan? Saya juga tidak menyangka saya dikelilingi buku pada setiap hari di tempat saya bekerja. Saya juga pernah ditimpa buku semasa bertugas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semasa Pesta Buku Antarabangsa (2003). Mujurlah tidak dikejarkan ke hospital! Sehingga kini, saya masih 'dirasuk' buku, dan penyakit ini rupa-rupanya telah berjangkit kepada anak sulung saya yang pasti akan membaca buku sebelum melelapkan matanya. Banyak lagi yang boleh diperkata tentang buku. Namun, ruang ini bukanlah medium yang sesuai untuk membicarakan tentang buku. Selamat Hari Buku Sedunia!

*Tahniah kepada teman-teman DBP yang bertugas di Pesta Buku KL tahun ini, atas anugerah Gerai Terbaik 2009! Tahniah kepada Puan Nor Aida Salleh yang mengerah seluruh keringat untuk usaha ini!!! You go girl!!!

10 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Azura,
Dalam akhbar dinyatakan bahawa jumlah yang berkunjung ke PBAKL 2009 menurun berbanding tahun sebelumnya (katanya menurun hampir 1 juta orang...). Apakah ini 'protes rakyat' terhadap tempatnya ke (tempat sidang besar negara bulan lepas)? atau organisasi yang kendalikannya ke? atau kesan kegawatan ekonomi global ke? atau kerana ada 'karnival berimpak besar' lain yang dibuat di sebelah pantai timur Johor dalam minggu yang sama ke (hehehe...)?

Citra Wangsa said...

En. Rusdi,
Saya kira ada 5 sbb penurunan pengunjung:
1. Tiada tarikan selebriti terkenal (yang ada Zainab Kasim, Puan Izzah, Azimin Daud...sapa nak pi tengok depa???).
2. Asyik penulis yang sama diberi peluang bertemu peminat.
3. Jumlah gerai dikurangkan - ruang di 'seberang sungai' tidak dibuka (penganjur nak jimat koslah tu).
4. Orang Johor sibuk dengan 'pesta' lain spt MSAM.
5. Last sekali, sebab tahun ini SAYA TAK HADIR....(boleh gitu??? heheheheee!!!).

Wahyu Budiwa Rendra said...

Kak Zura,
tapi saya ke gerai DBP untuk cari dan jumpa Azimin Daud.he.he.

Aida Salleh said...

Sedikit komen dari saya.....
1. Jumlah pengunjung mmg berkurang tapi tak sampai 1 juta. Tahun lalu mencatat jumlah pengunjung seramai 2 juta tetapi maklumat akhir secara tidak rasmi (yang diperolehi semasa majlis penyampaian anugerah gerai terbaik dan cabutan bertuah) jumlah pengunjung dianggarkan seramai 1.5 juta.
Walau bagaimanapun,perlu juga diketahui umum bahawa walaupun jumlah pengunjung berkurangan jumlah jualan pada tahun ini adalah berkali ganda meningkat berbanding tahun lepas. DBP/Dawama sendiri mencipta rekod jualan peribadi tertinggi berbanding PBAKL yang lepas.(jumlah jualan perlu dirahsiakan...:)).
2. Tentang jumlah gerai yang dikurangkan pada tahun ini, setahu saya pengurangan adalah berkait dengan isu kawalan keselamatan.
3. Tentang tarikan selebriti terkenal tu saya cuma nak kata 'no komen'...hehehhe...Cuma sedikit tambahan, DBP berusaha juga untuk membawa beberapa orang selebriti yang berkait dengan industri penerbitan tetapi tidak membuahkan hasil).
4. Berhubung dengan isu penulis yang sama sahaja diundang untuk sesi bersama penulis, saya kira kenyataan ini tidak benar. Berdasarkan rekod undangan sejak 3 tahun yang lepas, setiap tahun DBP mengundang penulis yang berbeza untuk sesi bersama penulis.
5. Sedikit maklumat tambahan juga, Seminar Hak Cipta yang diadakan pada 23 April di PWTC bersempena Hari Buku dan hak Cipta Sedunia dan PBAKL 09 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga pendaftaran terpaksa ditutup walaupun masih ada yang ingin ikut serta kerana masalah tempat/bilik seminar yang telah penuh.

Citra Wangsa said...

Ren,hanya Rendra yang mencari dan mengenali Azimin Daud kot???

Salam sdr Dean,
Saya bercakap dalam kontaks keseluruhan PBAKL, tidak hanya DBP sahaja. DBP mmg best...penulis undangan silih berganti...tapi di gerai penerbit lain (muka yang sama setiap tahun).

Tahun depan saya kira ada baiknya penulis selatan, timur, utara, sabah, sarawak diberi peluang mengetengahkan diri, sbb DBP bukan hanya ada di KL saja (think out of your box, ok).

Aida Salleh said...

Zura,
think out of d box? dah pun tapi keputusan ditangan yang berkuasa kan? siapalah kita org bawahan ini untuk menentukan itu dan ini....yang termampu oleh kita memberi cadangan semata.sekuat mana alasan pun kalau yang berkuasa tak nak...kita hanya boleh melaksanakan arahan yang diberi sahaja lah...ada duka disebalik gembira merangkul anugerah gerai terbaik itu sebenarnya....uhuksss...

tentang penerbit lain tu susah nak komen...kalau itulah penulis yg boleh membawa khalayak ke gerai mereka sudah pastinya mereka takkan meninggalkan penulis2 itu...wallahualam....

Aida Salleh said...

Zura,
Sebenarnya aku begitu teruja untuk berbicara tentang PBAKL ini.Sangat bersemangat.Mungkin setelah berbulan2 menghabiskan masa menguruskannya atau mungkin juga kerana mungkin ini tahun terakhir menguruskannya....

msmufa said...

mmm.. bercakap tentang buku, rasanya "budaya" memainkan peranan. Sedih! budaya membaca di "Malaysia" sgt jauh ketinggalan. Kedai2 buku yang besar saja, mampu gah hidup di bumi Malaysia.

Peluang berada di negara org, nampak benar bezanya. Di sini, anak2 dipupuk membaca sejak dari awal persekolah (umur 5 thn). Kerja sekolah mereka (reading..reading..reading) setiap hari pelajar pasti dibekalkan guru buku utk dibaca dirumah. kesannya.. lihatlah dimana2 di dalam train, bas, tepi pantai, bawah pokok.. yang kanak2 sampai yang berusia.. semua akan menggunakan masa terluang mereka "membaca!" "buku!". Tak nampak pulak mereka baca majalah gossip seangkatan mangga atau URTV..

Kedai2 buku mereka laris. beratur2 org dtg membeli buku macam pesta Jom heboh. mmm.. nampaknya, banyak lagi perubahan kerajaan perlu lakukan utk meningkatkan modal insan negara.

Citra Wangsa said...

Aida,
Lebih baik tanggungjawab itu diserahkan kpd orang lain. Biar depa rasa mcm mana perit jerih mengaturkan sesuatu yg bertaraf antarabangsa. Ingat senang? Aku dah lalui semua itu...tapi sampai sekarang belum berpeluang menghadiri international book fair atas urusan kerja. Asyikkkk keja nak urus! Sendiri tak sempat nak rasa. Ko pernah dgr lagu Headwind...KITA SERUPA...???

Eda,
Malaysia jauh ketinggalan dari segi budaya membaca. Murid2 byk disogok dgn bahan2 'copy n paste'. Hari2 kerja rumahnya menyalin...menyalin...menyalin! 100kali tukar menteri pelajaran pun, budaya ini telah sama. Parents yg kena ambil inisiatif sendiri utk pastikan budak2 suka membaca buku.

Aida Salleh said...

Zura,
Kite mmg selalu serupa.huhuhuuu...
Peluang menghadiri Pesta Buku Antarabangsa mmg macam mimpi je lah. Kita kan pengurus. Mengurus org ke sana dan sini. Untuk diri sendiri mmg seperti tiada peluangnya. Tunggulah laki bagi duit pegi sendiri kot? tapi kalau macam aku? hmmm tunggu kawin dulu lah kot...sabar je lah...nak cakap banyak pun tak guna...bak kata boss baru ikhlaskan diri bekerja...fisabilillah....ganjarannya di sana nantilah...insyaallah...

berhubung dengan budaya copy paste tu aku kira sekarang ni lagi teruk kerana pelajar IPT pun dah sama macam tu...copy kerja org lain paste dan submit tugasan.....ciplak cuplik plagiat di sana sini....sedih sedih...