Pages

Wednesday, April 15, 2009

April yang Membahagiakan

April merupakan satu-satunya bulan yang paling membahagiakan. Minggu pertama April, merupakan ulang tahun kelahiran N (satu-satunya adik perempuan aku) pada 2 April, minggu ke-2 (11 April) giliran aku meraikannya, minggu ke-3 adalah sambutan paling bermakna kerana bonda tercinta menyambutnya pada 17 April dan minggu terakhir merupakan sambutan penutup oleh ayahanda tercinta (30 April).

Suatu waktu dahulu, ketika kami (aku dan N) masih 'single' - kami sekeluarga akan menyambut April dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan. Kadang-kadang, sambutan hari lahir ini kami sambut dengan majlis kesyukuran di Kampung Punggor, Batu Pahat (kampung ayahanda). Adakalanya kami menyambutnya di rumah Mak Ngah di Kota Tinggi. Kami sangat rapat dengan keluarga Mak Ngah, sementelaah dialah yang menjaga aku semasa aku kanak-kanak dahulu (Mak Ngah merupakan adik ke-2 ayah).

Kini, segala kenangan hanya mampu kukenangi. Memori hanya tinggal memori. Semenjak mempunyai keluarga sendiri, tiada lagi istilah sambutan hari lahir bagi keempat-empat kami. Namun, penghargaan terima kasih wajar diberikan kepada staf di pejabat DBP Wilayah Selatan yang bertungkus-lumus mengadakan majlis sambutan ulang tahun aku dan teman-teman yang 'sekelahiran' dengan aku, baru-baru ini. Terima kasih kepada Aishah yang menjadi tulang belakang majlis tersebut. Dalam kemeriahan menyambutnya, semua terlupa akan kamera!

Berikut merupakan ciri-ciri orang yang lahir pada bulan APRIL.
Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit di sekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

(Sumber: Dr. Fadilah Kamsah)

2 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke..
Semoga sihat, ceria selalu dan sentiasa bersemangat untuk bekerja dan berkarya.

Wahyu Budiwa Rendra said...

selamat ulang tahun kak zura. erm, nak tumpang juga; dalam keluarga saya ada 3 insan lahir bulan april.he.he.