Pages

Wednesday, April 29, 2009

Selamat Pengantin Baru, Zam

Akhirnya...akhirnya...akhirnya kau berkahwin juga! Beberapa hari yang lalu, ketika membeli ubat di Farmasi Guardian, BBU saya dan suami terserempak dengan jejaka idaman Malaya ini. Beliau keluar dari sebuah kedai gambar yang bersebelahan dengan farmasi tersebut.
"Zura, aku dah selamat...aku dah kahwin...aku dah kahwin...." Ya, itulah ayat yang melucur keluar dari mulutnya. Saya masih melopong. Mata pun tak kelip-kelip memandangnya. Suami di sebelah turut termangu. Beliau menghulurkan dua buah album gambar kepada saya. Gambar majlis perkahwinannya. Kami gelak besar! Yaaa...akhirnya Zamri Idrus berkahwin juga pada usia 33 tahun. Zamri Idrus, seorang peguam terkenal (lebih terkenal sejak terlibat dengan kes liwat Saiful-Anwar). Orangnya sangat memilih! Apabila berbicara tentang dunia rumah tangga, perkahwinan, dan wanita yang sesuai dijadikan isteri...Zamri sangat berhati-hati. Saya sempat memuji Samira (if i'm not mistaken) isterinya yang cantik jelita, tinggi persis seorang model. Memang sepadan!
Zamri Idrus yang saya kenali, sangat pintar orangnya. Bijak dan berpendirian tegas. Memang sesuai dengan profesionnya sekarang. Saya teringat suasana pembelajaran kami semasa Tingkatan Enam di English College (EC). Saya duduk di barisan paling depan, manakala Zamri duduk di barisan paling belakang. Tapi kami akrab kerana kami duduk di bawah satu 'Prefect Board' yang sama - Unit Perancang Lembaga Pengawas (UPLP). Kami selalu bertemu dan berbincang akan hal-hal peperiksaan. Saya sering mendapat markah paling rendah dalam subjek Pengajian Am. Berlainan pula dengan Zamri, yang selalu mendapat markah tertinggi di dalam kelas dan sering menjadi pujian guru. Apabila kami (bersama-sama rakan-rakan lain - Noraini, Arbaayah, Normawati, Rafidah Ruzki, Suhaila (isteri Faizal Husain), Norizam (Kapten) berbincang dalam study group, Zamri yang akan menjadi sifunya. Namun, perhatian banyak diberikan kepada saya memandangkan saya yang paling 'corot' dalam kebanyakan mereka (kesian aku!).
Apabila keputusan STPM keluar, kesemua kami berjaya ke menara gading. Zamri paling terkejut apabila saya mendapat gred A dalam subjek Pengajian Am, sedangkan dia pula mendapat gred B. Beberapa kali dia meluahkan perasaan tak puas hati. Apa nak buat...rezeki masing-masing. Kenangan zaman persekolahan merupakan kenangan yang paling manis dalam hidup.
Untuk Zam, selamat pengantin baru. Majlis resepsi di JB, jangan lupa undang kami.
Sumber Gambar: Facebook Zamri Idrus

No comments: