Seperti biasa selepas selesai solat asar, Maria dan suaminya membawa si kecil bersiar-siar di sekitar taman perumahan mereka. Kediaman yang dibeli setahun yang lalu, berhampiran dengan sebuah tasik buatan.
"Awak faham tak maksud papan tanda ni?" suami Maria bertanya. "Orang Dewan mesti arif hal-hal macam ni," sambungnya lagi. Maria memerhati papan tanda yang dimaksudkan oleh Hadi.
"Apa dia cakap ni? Tak faham...," balas Maria sama-sama merenung papan tanda yang dipaparkan di kawasan tasik buatan tersebut. Hadi sudah ketawa mengelekek apabila membacanya berulang-ulang kali.
"Awak ni...belajar tinggi-tinggi pun tak faham bahasa?" sindir Hadi sambil mengeluarkan telefon bimbitnya lalu merakam papan tanda 'misteri' itu. Maria mengherot-herotkan mulutnya apabila disindir.
"Dewan dah tak buat 'pantau tegur bahasa' kah? Nak salahkan siapa ni? Kalau anak-anak kita nampak...lagi haru! Nak jawab apa? Memalukan!" Hadi mengomel. Maria masih merenung sedalam-dalamnya maksud papan tanda tersebut.
"Dia nak cakap...Dilarang Berenang...," Maria mengagak-agak.
"Mana pula...dia nak beritahu, kawasan ni tak boleh memancing...," Hadi pula tidak mahu mengalah.
"Ish, taklah! Dia cakap, kawasan ni bahaya kalau hujan...air naik...," Maria menyangkal lagi.
"Bukanlah! Dia beritahu, hujan lebat, kalau air bertakung, pasanglah apa-apa yang patut...," ujar Hadi buat-buat bodoh. Mereka saling berpandangan. Tersembur gelak masing-masing. Bayi yang didukung Maria juga ketawa geli hati. Mungkin si kecil itu ketawa kerana ibu dan ayahnya ketawa. Mungkin juga si kecil itu ketawa kerana gerun dengan papan tanda yang 'misteri' itu.
Papan tanda itu, sehinggi kini tinggal misteri...
bersambung...
10 comments:
Salam Zura,
Misteri sungguh papan tanda itu. Tentu tangan misteri juga yang menulisnya. Mungkinkah mahkluk dari planet Pluto? Saya ingin menambah, "Misteri Sebuah Papan Tanda 'Gila'".
Salam, Zura
Setahu saya sudah banyak kali DBP mengadakan kempen, seminar, kursus tentang Bahasa Melayu kepada sektor kerajaan dan swasta.Tapi ... inilah jadinya MESTERI SEBUAH PAPAN TANDA. Tiada rasa tanggungjawab si penulis papan tanda ini.
Pn. Maria,
Sekadar ingin bertanya, apakah patut (memang dalam perancangan SKU / SKT pun ada) Sang Penguasa Bahasa WS (selaku Pengurus Besar Projek) gerakkan secara segera dan aktif hal-hal pantau tegur? Seperti kata-kata insan di luar takut-takut nanti secara segara dan aktif 'DBP yang kena pantau dan tegur...'
Hehehe...
Salam Zura,
"kunjungan".
Salam,
Teramat misteri.. Mesti penulis papan tanda itu pun misteri juga.. Hehe..
aku konpius nih..cerita di sebalik cerita ke nih? mana datang maria dengan hadi?
Cikgu Nizar,
Saya sudah maklumkan kpd pihak pengurusan taman,tapi nampaknya sehingga hari ini, papan tanda itu masih setia di Setia (Setia Tropika).
Cikgu Norazhat,
Salam kunjungan. Ramai dalam kalangan kita tidak ambil endah hal2 bahasa.Walhal, itulah lambang sesebuah negara.
Sdr. RAR,
Tak taulah nak habaq lagu mana lagi...aktiviti utama nampak suram dan kelam.risau jgk kalau2 Dewan BAHASA & Pustaka jadi Dewan SASTERA & Pustaka...haa..siapa nak jawab???
Sdr. Zulkifli, Salam ziarah. Terima kasih atas kunjungan ke lama ini.
Aku Reformasi,
Saya kira satu reformasi bahasa wajar diadakan.Bkn kerana papan tanda misteri ini saja, tetapi krn isu bahasa yang sering dijadikan alas kaki!
Iza Zulkifli,
Nampak sgt kau dah lama tak menjengah blog aku ni, yek! BZ jeeekkk! Ini dah episod ke-13 tau!!!
Salam AZURA,
Lama tidak berbicara di laman maya. Saya rasa inilah papan tanda paling sengal dan paling bodoh di dunia! Mungkin penulisnya tidak lulus BM masa darjah lima dulu...Nanti saya akan buat rombongan ke Setia Tropika dengan anak-anak murid saya untuk belajar topik "mengesan kesalahan ayat" dan ketika nak buat karangan bertajuk "papan tanda yang paling lawak di dunia"!
Cikgu Azhar,
lawatan cikgu dengan anak murid cikgu, sangat dialu-alukan.banyak lagi kesalahan yg dipaparkan. macam mana nak buat...kalau semuanya salah? tak kan semua nak siarkan dlm blog ni?
Post a Comment