Sebaik sahaja memakir kereta di sebelah bangunan pejabat, Maria tidak terus keluar. Pertengkaran antara seorang 'balaci' MBJB dengan seorang gadis Tioghua menarik perhatiaannya. Maria memerhatikan pertengkaran tersebut tanpa mendengar butir bicara mereka. Pertengkaran semakin hebat, apabila gadis Tioghua melemparkan slip saman MBJB ke muka pemuda balaci itu. Maria yakin, gadis tersebut pasti baru disaman balaci itu. Maria mematikan enjin kereta, lalu berniat untuk tidak mempedulikan mereka.
Maria sempat menjeling sekilas lalu sebelum kakinya melangkah ke arah pintu pejabat. Tiba-tiba gadis tersebut memanggilnya. Maria berpaling tanpa senyum.
"Ini tempat boleh parking kah?"
"Boleh," jawab Maria ringkas. Gadis berkulit putih melepak itu memandang wajah pemuda balaci di hadapannya.
"Tengok? Saya punya kereta lu saman, dia punya kereta, tak kena saman, itu belakang punya kereta pun lu tak saman!" gadis tersebut berang. Wajahnya merah akibat terik mentari yang disulami dengan bahang kemarahan. Pemuda balaci tersebut mendekati Maria sambil berbisik.
"Tolong saya kak. Alihkan kereta akak," Maria terkejut. Darahnya menyirap!
"Kenapa pula? Saya memang biasa letak kereta di sini. Tak ada masalah pun. Siap dengan kupon. Sejak bila tempat ni tak boleh letak kereta?"
"Tolonglah kak...nanti boleh alihkan semula," ujarnya lagi separuh berbisik, seolah-olah tidak mahu gadis tersebut mendengarnya. Maria semakin naik darah. Belum pernah seumur hidupnya, dia diarah-arah begitu, untuk melaksanakan kerja sebodoh itu.
"Eh, tak ada masa! Engkau ingat aku ni tak ada kerja lain? Kalau kau betul-betul amanah menjalankan tugas, kau saman ikut peraturan! Bukan ikut sesuka hati! Kenapa kereta sebelah restoran sana kau tak saman? Yang di sana tu, lagi mengganggu lalu lintas! Dapat makan nasi ayam free kah?" Maria semakin mengganas. Sindirannya membuatkan pemuda itu tersentak. Dia melepaskan isi hatinya di hadapan balaci itu dan gadis Tioghua yang sama-sama mendengar hujahnya.
"Sekarang, saya mau lu batalkan ini saman!" bentak gadis tersebut. Gadis tersebut semakin berani.
Pemuda balaci menundukkan wajahnya dan berselindung di sebalik topi unifomnya. Maria bergegas meninggalkan mereka. Pemuda balaci membisu. Maria tidak pasti tentang kebisuan itu. Adakah tindakan pemuda balaci menyaman kereta gadis Tioghua itu betul? Adakah kebisuaan itu kerana memikirkan hujah Maria tadi? Adakah kebisuaan itu kerana memikirkan 'habuan' yang perlu diminta untuk membatalkan saman kereta si gadis di hadapannya? Segala-galanya berkemungkinan.
*Kerja itu ibadah...
bersambung...
7 comments:
Puan Maria,
Banyak-banyak bersabar ya... itu masalah sesekali sahaja yang muncul, tapi bagaimana masalah yang selalu ada melanda iaitu mnasalah komputer 'buruk' itu tempoh hari rasa-rasanya belum selesai? Apakah pemuda (yang gemar, kerap dan minat ke aras 1) sudah bertindak sewajarnya atau dibaikinya komputer 'canggih' yang ada di aras 1 sahaja?
Hehehe...
RAR,
Hehehehhee...pemuda tersebut memaklumkan bahawa komputer semput dan nazak ini masih kekal 'sihat'. Belum perlu ditahan di ICU. Oleh yang demikian, saya dinasihatkan spy bersabar, menunggu laporan, dan gunakanlah PC yang ada ini. Huhuhuuuu...rintihanku tidak dipeduli...
*Nak buat SKT pun dah sangkut2...asyik shut down je PC ni...
Zura halid,
Kenapa Maria tiba-tiba saja naik angin? Kesian balaci tu. Ooo. rupanya pasal komputer yang selalu sahaja buat hal...
Salam. Kunjungi blog saya di http://warnabahagia.blogspot.com. Saya selalu juga mengunjungi blog saudari. Seronok membacanya. Tahniah.
Salam AZURA,
Wah, Maria naik anginlah! Saya rasa lepas ini kolam teratai/kiambang belakang DBPWS perlu ditambak untuk dijadikan kawasan parkir kerana surat saman MBJB telah memenuhi ruang laci dashboard kereta Citra ini!
Tuan Haji,
sesekali naik angin melepaskan tension tak apa kot ek?? Masalah berlarutan dari masa ke masa (hand phone problem,komputer rosak,kereta buat hal..Duniaaa...duniaa...
Cikgu Nizar,
terima kasih kerana melawati blog saya. Blog cikgu pun, apa kurangnya...
Cikgu Azhar,
Apa nak buat dengan surat saman MBJB yang melambak tu? Pos balik kat MBJB boleh tak?
Siot jer kan pemuda balaci tu! Sabar jer lah.
Apa-apa aku tahu dan boleh dengar suara si Maria tu bila dia meradang. Huhuhuhuhu...
Aku jer yang rajin membaca blog kau, dan tinggalkan mesej. Lepas ni nak merajuklah. Huhuhuhuhu...
Post a Comment