Pages

Wednesday, August 12, 2009

Tahniah

Anwar Ridhwan named national laureate...

Maria tersenyum membaca mesej ringkas dalam telefon bimbitnya. Mesej tersebut dihantar oleh seorang sahabat karibnya di ibu pejabat Kuala Lumpur.
'Congrats!' naluri Maria berbisik. Terkenang saat-saat bekerja di bawah Dato' Dr. Anwar Ridhwan, terutama semasa di Bahagian Hak Cipta (ketika itu masih Unit). Hampir setiap hari Maria akan bertemu dengan beliau atas urusan kerja. Ketika itu beliau menjawat jawatan Pengarah Jabatan Penerbitan.

Ilmu dan pengalaman yang diperoleh terlalu mahal untuk dinilai dengan wang ringgit. Beliau bekerja dengan sistematik. Mudah bekerja dengannya kerana beliau sangat bertolak ansur dan memahami.

"Tahniah Dato'."

3 comments:

Md Nizar Parman said...

Salam Zura,
Dah lama sebenarnya menantikan SN ke -10. Teka-teki sudah terjawab. Mudah-mudahan SN Dato' Anwar akan terus menyumbangkan wadah yang bernilai untuk rakyat Malaysia.

Rusdi Abd Rahman said...

Pn. Maria,
Tahniah besar buat Datuk Anwar Ridhwan, beliau sememangnya layak serta wubawanya juga tidak boleh disangkal...

Juga harus tahniah juga buat Anwar yang satu lagi... kerana beliau sudah lebih 10 tahun dihina, dikeji, dikutuk, diaibkan, dizalimi dan pelbagai hal-hal negatif sehingga boleh dilabelkan sebagai 'Penjahat dan Pengkhianat Paling Agung Di Dunia' dilemparkan tetapi tetap kukuh, gagah dan berkarisma! Beliau juga insan biasa yang ada melakukan kesilapan ketika bersama-sama 'puak dan juak itu sejak tahun 1982-1998' namun beliau teruk dizalimi itu yang harus ditentang... LAWAN TETAP LAWAN!

Citra Wangsa said...

Cikgu Nizar,
Beliau sememangnya layak, malahan lebih daripada layak.

Sdr. RAR,
ANWAR. Kedua-duanya memberi manfaat kepada bangsanya. Tak gitu?