Pages

Monday, August 10, 2009

"Nak kupeluk kau terlalu keras. Nak kucium kau tak punya perasaan...,"

Air mata Maria masih deras, walau tidak sederas sewaktu dia mula-mula membasuh kereta kesayangannya. Sebak, sayu, sadis...

"Nak kupeluk kau terlalu keras. Nak kucium kau tak punya perasaan...," Maria bermonolog memandang ATOS kesayangannya, sambil memerah kain pengelap kereta.

"Banyak jasa kau, sebab tu aku sayang sangat dengan kau,"

"Kalau aku ada yang lain pun, aku tetap jaga kau dengan baik," Maria mengesat sisa-sisa air mata yang berbaki. Kereta itu terlalu banyak kenangannya. Belum pernah menimbulkan masalah dalam setiap perjalanannya. Hanya RM45.00 tangkinya sudah penuh.

Kereta itu sudah selesai hutangnya dengan pihak bank. Maria tidak bercadang untuk menukar kereta baru. Dia selesa dengan kereta itu. Setakat untuk pergi dan balik kerja, kenderaan mini MPV itu sangat menjimatkan dan memuaskan. Kereta itu pemberian suaminya seawal perkahwinan mereka dahulu. Banyak kenangan pahit manis yang dirakam bersama-sama kereta itu. Itulah kenderaan yang membawanya ulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru hampir saban minggu ketika dia bertugas di ibu pejabat Kuala Lumpur. Kereta itu jugalah yang menjadi sasaran untuk diguna pakai dalam keadaan terdesak oleh orang lain. Kereta itu juga pernah ditarik pihak bank gara-gara tunggakkan tiga bulan yang lupa dilangsaikan. Apa pun keadaannya, Maria masih sayang akan kereta itu. Itulah yang membuatkan dia menitiskan air mata.

Isyarat mesej masuk ke telefon bimbitnya berbunyi. Pantas Maria membacanya. "Kereta itu selesai bayaran dengan bank, ngam-ngam jatuh pada hari ulang tahun perkahwinan kita yang ke-9. Selamat ulang tahun perkahwinan. Everyday is our anniversary!Muaahh!"

Maria mendongak, memandang jendela bilik utama yang terbuka. Hadi tersenyum. Dia memerhati Maria sejak tadi. Maria membalas senyuman tanpa suara.


bersambung...

2 comments:

Md Nizar Parman said...

Sedang berfikir, apakah hadiah yang bakal saya berikan kepada isteri saya sebagai tanda kasih melahirkan puteri kami yang ke - 2.

Citra Wangsa said...

Cikgu Nizar,
isteri biasanya tidak mementingkan hadiah utk menyatakan kasih sayang (jika ada, itu satu bonus). Tanggungjawab dan keprihatinan suami yang lebih utama. Percayalah...

*Tahniah atas kelahiran puteri ke-2.