Pages

Wednesday, June 10, 2009

Audit Datang Lagi...

4 hingga 7 Mei yang lalu, kami sepejabat menerima kunjungan AUDIT. 4 hari kami diterjah! Macam biasa, kedatangan mereka yang tidak diundang ini sedikit sebanyak menyentap jantung yang masih dalam keadaan baik (alhamdulillah). Diaudit...jawab! Disoal...jawab! Ditanya...jawab! Disindir...jawab! Ditanggung...lagilah kena jawab sebab semua itu tanggungjawab. Secara peribadi, memang semua kehendak AUDIT telah lama disediakan bagi memudahkan tugas-tugas mereka (siap tandakan lagi mana yang penting-penting). Minta fail...bagi. Minta rekod...serah. Minta jadual...hah! ambiklah semua! Tiada apa pun yang perlu disembunyikan. Kerja ikut prosedur. Tak ada apa nak mengelat. Organisasi ni kecil sahaja, tak sempat nak makan rasuah.

Belum sempat tarik nafas lega, AUDIT ISO datang pula (3 hari berkampung di pejabat dari 19-21 Mei). Terdapat ketidakakuran...ye, saya akur tuan, saya silap tuan, saya akan buat tuan, saya mengaku tuan...(setakat silap bilangan surat pun aku kena ketidakakuran...huhuhuuu...). Apatah lagi lupa minit fail! Aduh...

Baru nak duduk bersandar, AUDIT datang balik!!! Mereka membelek-belek lagi hasil kerja yang terdahulu (8-10 Jun). Aduh...letih. Kerjasama tetap diberikan dengan sejuta kesabaran. Tanduk dan taring sama sekali tidak dibenarkan keluar tatkala menghadap mereka. Sabar...sabar...sabar. Kena banyak bersabar sebab mereka meminta perkara yang sama berulang-ulang. Dan perkara yang sama juga dimaklumkan secara berulang-ulang. Kalau hilang sabar...(haiii...tak tahulah nak cakap...). Audit oh, audit! Semoga kerja kalian diberkati. Amin...

4 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Azura,
Hehehe... Lihat dan dengar dalam perbincangan @ perjumpaan dengan audit pada 8 Jun itu, saya bersekali satu barisan dengan En. Salleh dan Hazli, saya turut 'mengaudit' dua orang staf DBPWS (walaupun saya turut diaudit)... yang satu tu faham-fahamlah dengan 'langkah slow motion'nya yg kekadang macam 'hanyut' aja..., dan yang satu lagi 'tak faham-faham' peranannya asyik duk ungkit "ini org lain...." (habis kau telah diamanahkan gerakkan program kenapa nak sabit dgn org yang tiada!). Hehehe...

Apa-apapun pengalaman diaudit oleh audit dalam sejak tahun 2002 hingga kini menyebabkan diri ini rasa dah boleh berkhidmat sebagai auditor... lepas ni nak tukar gred drpd S ke W pula... itu sebabnya diri ini kekadang 'mengaudit' org audit... hehehe...

Melihat Kesunyataan said...

Azura,
Saya faham bagaimana sukarnya nak memenuhi segala kehendak audit. Dulu semasa di IPTHO saya berpengalaman sebagai setiausaha ISO. Memang pening setiapkali audit datang.
Kenalah sabar.

Citra Wangsa said...

En. Rusdi,
Mungkin mereka belum serasi duduk di kerusi yang diamanahkan. Atau mungkin kurang minat bekerja. Atau mungkin belum cukup ilmu di dada. Atau mungkin...'aminah' telah 'merasuk'jiwa mereka untuk bekerja ala kadar. Segalanya berkemungkinan.

Citra Wangsa said...

Tuan Haji,
Sebagai penjawat awam, semua tanggungjawab perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Biarlah siapa pun yang datang...kita mesti pikul masalah yg timbul. Yang penting, tidak menunding jari ke arah org lain. Itu tak bagus...mengaibkan orang namanya. Salah betul, sendiri jawab.

Tapi AUDIT memang memeningkan...