Pages

Wednesday, June 17, 2009

Bicara Herba: Belimbing Buluh

Sudah sekian lama tidak bersua dalam entri Bicara Herba. Kali ini saya memasukkan entri tentang belimbing buluh.
Belimbing buluh amat dikenali di kalangan suri rumah untuk menyedapkan masakan terutamanya untuk masakan ikan sepat lemak cili api. Memang kaw..kaw! Lebih sedap jika dicampur dengan sambal belacan! Eh, saya bukan nak bercakap tentang resepi hari ini...

Tahukah anda, belimbing buluh boleh dijadikan pelbagai penawar? Rasanya memang masam...tapi, yang masam itulah penawar. Para saintis mengklasfikasikan belimbing buluh sebagai Averrhoa Belimbi Linn (sedap jugak namanya ek?). Jus belimbing buluh dikenal pasti sebagai panawar darah tinggi, kencing manis dan ubat pitam. Buahnya boleh melicinkan kulit muka dan mengatasi masalah jerawat. Tapi, awas! Sangat pedih jika terkena pada jerawat yang dikategorikan parah. Boleh juga dimakan begitu sahaja bagi merawat sakit gigi. Jika direbus, airnya boleh dibuat penawar batuk (tapi tidak sesuai untuk bayi). Silalah mencubanya bagi mengelakkan diri terus diimunisasi dengan 'dadah' dan bahan kimia lain dalam rawatan moden. Kosnya pun sangat rendah!

3 comments:

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kak zura yang dihormati. ren teringat masa kecik-kecik, belimbimng buluh tu petik kat belakang rumah nenek, lepas tu cecah gula & makan macam tu jek. boleh gitu?

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Kembalinya entri yang dinanti! Mohon izin untuk copy and save, dan kemudiannya dimasukkan dengan bangganya ke dalam folder yang bertajuk "Bicara Herba Azura"! Suatu maklumat tambahan yang berguna yang ada dalam entri ini ialah - nama "belimbing" itu asalnya daripada nama saintifiknya, dan membuktikan bahawa nama belimbing itu kemungkinan berasal daripada bahawa Latin (berdasarkan nama saintifiknya). Terima kasih atas pemaparan maklumat ini.

Citra Wangsa said...

Ren,
sedap jugak ye...eemm...bubuh kicap skit...

Cigku,
Terima kasih atas sokongan.