Pages

Tuesday, June 16, 2009

Jendela Selatan April 2009

Jendela Selatan (JS) keluaran April 2009, telah terbit. Kepada semua penggiat sastera dan bahasa di Johor, Melaka, Singapura dan Riau boleh mendapatkannya secara percuma di Unit Penerbitan, DBP Wilayah Selatan. Naskhah akan dipos hanya kepada penyumbang JS keluaran April 2009.

Antara isu yang dibincangkan pada keluaran kali ini ialah:
1. Adab Menulis dalam Media Digital oleh Zulkifli Khair.
2. Muar: Mengukir Nama dalam Sejarah oleh Ruzaini Yahya.
3. Keindahan Pantun dalam 'Sejarah Melayu' oleh Jafny
Jaapar.
4. Perkampungan Penulis Muda Melaka oleh Rusdi Abd.
Rahman (laporan).


Puisi-puisi yang tersiar pada kali ini merupakan puisi pilihan karya pelajar daripada Perkampungan Penulis Muda Melaka 2009.


Sekian, untuk makluman.

6 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Azura,
1. Terima kasih atas kesudian menyiarkan berita @ laporan tentang Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Melaka 2009.
2. Juga terima kasih kerana menyiarkan puisi-puisi pilihan pelajar dalam perkampungan itu.
3. Tetapi yang penting juga gambar hadapan JS tertera gambar sifu yang agak besar juga... walaupun sifu ini 'riuh dan bising' tetapi 'riuh dan bising' beliau penuh ilmu dan sememangnya amat-amat perlu... Hehehe... (Azura faham apakah maksud itu...).

Citra Wangsa said...

Encik Rusdi,
Apalah ertinya hidup tanpa 'riuh dan bising' ituuu...'Riuh dan bising' itu jugalah sebahagian drpd semangat saya...

Melihat Kesunyataan said...

Azura,
Cerpen A. Wahab Hj. Hamzah walau pendek tapi menarik. Kata-kata Pak Mail yang menyatakan bahawa 'Kita" (maksud orang Melayu Singapura) masih dijajah agak sinis.
Satu ketika dulu saya menonton sebuah rancangan tv yang menyiarkan nostalgia sebuah perkampungan Melayu di Singapura yang bernama, "Kampung Bukit Belayar'. Seratus peratus penduduknya orang Melayu dan masih mengamalkan ciri-ciri budaya dan rumah Melayu. Tapi kini kampung itu telah bertukar wajah menjadi padang golf bertaraf antarabangsa.

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Tahniah atas penyiaran JS terbaru ini! Amboi, gambar "sifu" kat kulit depan! Tima kasehh....Dah tak sabaq nak tengok JS nih! Amboiii...sempat jugak RAR dan AZURA kata kat "sifu" ye! Tak apa, "riuh dan bising" itu trademark "sifu"! "Sifu" akan terus "riuh dan bising" selagi diperlukan. Bro (eh, boleh ke kat Azura?) gua caya sama JS! JS dan sampai standard tahap Gaban dan Ultraman taro nih! Teruskan Azura...peminat bahasa dan sastera di belakang anda!

Citra Wangsa said...

Tuan Haji,
Perlu diingat, A. Wahab Hamzah ini bukanlah Wahab Hamzah yang terkenal dgn ulasan filemnya. A. Wahab Hamzah ini merupakan karyawan Singapura.

Citra Wangsa said...

Bro Azhar!
Wajah 'sifu' yang terpampang di cover JS harap dpt jadi pemangkin semangat kpd munsyi dewan yang lain.