Semalam saya, suami dan anak-anak berpeluang menghadiri Johor Furniture Fair di Persada Johor. Bukan tentang kehebatan perabot dan hiasan dalaman yang hendak diperkata, tapi tentang penggunaan bahasa. Sebaik sahaja kami tiba di Persada Johor, kami diarah oleh pengawal bertugas "please...to main entrance". Saya tersenyum memandang pengawal berbaju coklat cair itu - sekilas dipandang, wajah Melayunya amat menyerlah (terima kasih kerana berbahasa Inggeris dengan saya yang bukan pelancong asing).
Saya tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa yang amat besar apabila hampir semua kain rentang dan gegantung yang dipasang bersempena pesta tersebut, dipaparkan dalam bahasa Inggeris. Furniture Fair: Once A Year, Change Your Home, Best Buy, More Quality Less Pay, dan bermacam-macam lagi promosi yang dipaparkan. Tiada satu pun yang saya nampak, ditulis dalam bahasa kebangsaan. Apa dah jadi? Adakah saya berada di London? Frankfurt? Los Angelas? Huhhh!!! Semakin menyakitkan hati apabila acara cabutan bertuah di pentas utama, pengacaranya seratus peratus berkomunikasi dalam bahasa Inggeris! Mengapa dia perlu berbahasa Inggeris dengan hampir keseluruhan pengunjung yang hadir ialah rakyat Johor? Mengapa berbahasa Inggeris jika dia (pengacara itu) sendiri berbangsa Melayu? Mengapa, mengapa dan mengapa?
Emosi saya benar-benar terganggu untuk meninjau, membeli dan membelek perabot baru. Saya terpaksa menjadi diri saya yang sebenar. Kerana hidup mati saya dengan tugas-tugas editorial dan bergelumang dalam arena kerja dalam organisasi ini, maka saya akhirnya tidak dapat menghayati Pesta Perabot itu. Saya terfikir, kenapa semudah itu promosi hebat dalam bahasa Inggeris dilaksanakan? Mengapa penganjur tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Melayu? Mana perginya peranan PBT yang mewajibkan semua kain rentang/gegantung disahkan oleh DBP sebelum dipasang? Tidurkah? Tak buat kerja kah? Makan gaji buta kah?
Bukankah cantik jika Furniture Fair diganti dengan Pesta Perabot atau Karnival Perabot atau Festival Hiasan Dalaman. Alangkah indahnya jika Best Buy diganti dengan Belian Terbaik, atau Harga Rendah. Alangkah bagusnya jika Lucky Draw ditukar dengan Cabutan Bertuah. Salahkah? Orang tak fahamkah? Saya sangat yakin, hal seumpama ini akan berulang lagi jika terus didiamkan. Bagaimana?
Mujur saya mendukung bayi saya, jika tidak semua saya rakam!
4 comments:
salam akak itteww.. me pun singgah ke persada semalammm..
Salam AZURA,
Saya menunggu bilakah nama Johor Bahru akan ditukar menjadi New Johore, dan Malaysia akan bertukar menjadi Engsia! Mudah-mudahan terkabullah doa ini! Keretapi Tanah Melayu tukarkan sahaja kepada English Train. Asal nama Melayu, tukar sahaja wahai pemimpin atau pihak yang ada kuasa! Mereka bukannya tidur atau buta, tetapi mereka bodoh dan bengap!
Azura,
Pesta Buku Johor dan Pesta Perabot Johor berjalan serentak... majoriti masyarakat lebih berminat ke Pesta Perabot kerana tarikannya menarik (perhiasan dan susun letak dan lain-lain)... namun masyarakat tidak rugi jika tidak pergi Pesta Buku (Sekolah dan Latihan Sekolah) Johor itu... tanya dan rujuklah sahaja Cikgu Azhar!
puan, nak wat lagu mana. patutnya depa ni tengok la keadaan sikit. kalau kat sutera mall tu tak apa lah juga. caya ramai dari mim lam alif ya wau. he he.. syed mazlan.
Post a Comment