Pages

Tuesday, June 2, 2009

Seronoknya Cuti Sekolah...

Cuti sekolah pertengahan tahun bermula sejak Isnin (1 Jun) yang lepas. Buat seketika saya rasa 'bebas' (bebas yang terbatas). Anak-anak dah tentu seronok bercuti kerana tidak terikat dengan jadual pergi balik sekolah, bebas menonton program kegemaran, tidak terikat dengan masa untuk mengulang kaji pelajaran, tidak lagi mendengar leteran ibunya kerana lambat menyiapkan kerja sekolah dan bebas bermain apa sahaja. Mereka tidak tahu, bahawa saya sebenarnya yang dua kali ganda lebih seronok daripada mereka. Pertama kerana saya tidak perlu menggosok baju sekolah mereka sehingga berpeluh-peluh, tidak perlu memikirkan tentang bekalan makanan mereka, tidak perlu tergesa-gesa menghantar mereka ke sekolah, boleh memandu dengan tenang kerana tiada kesesakan jalan raya setiap kali ke tempat kerja, boleh memandu sambil menyanyi lagu-lagu kegemaran saya, boleh makan sambil memandu, berkesempatan pergi ke rumah rakan taulan dan saudara mara...peerrrgghh...alangkah seronoknya. Namun dalam keseronokan itu, saya gagal satu perkara...Saya sama sekali tidak berkesempatan menonton rancangan kegemaran saya...CSI! Bayangkanlah...pukul 12.00 malam pun mereka masih mahu menghadap TV!

6 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Zura,
Bagilah can kepada anak-anak. Masa cuti sekolah nilah mereka dapat tonton TV puas-puas.
Tapi mesti pantau juga.

ABDUL LATIP said...

Puan Editor,

Salam perkenalan :)

ABDUL LATIP said...

Zura

Terima kasih atas cadangan. Semoga urusan itu dipermudahkan. Kisah Datuk Moyang Saleh itu ada kaitan dengan sejarah Jelebu dan Johor. Kalau ada pihak yang sanggup mementaskannya memang saya suka sangat.

D'Rimba said...

Wah editor DBP rupanya. Hebatttttttnya. Semoga bahasa Melayu dimartabatkan seluruh dunia. Di Luar Lingkungan Isnin depan akan bincang isu matapelajaran Sastera.

D'Rimba said...

Terima kasih beri ulasan bermakna. Mudahan Allah sentiasa memberi ilham kepada serikandi untuk manfaatkan bahasa Melayu.

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Cuti sekolah, memang menyeronokkan bagi anak2 dan jangan lupa, cikgunya pun seronok jugak!