Pages

Wednesday, June 24, 2009

Wanita Pemangkin Ekonomi Negara?

Bunyi tajuk macam nak bincang dalam Dewan Ekonomi... Sebenarnya saya terfikir tentang kegawatan ekonomi global tika ini. Bila saya katakan kepada suami, 'zaman gawat ni, kena fikir dua kali nak beli barang', suami betul-betul tak setuju. Katanya, selagi masih boleh cari makan (kerana dia berniaga), boleh bagi saya dan anak-anak makan, boleh bagi mak ayahnya duit saku bulan-bulan dan boleh buat simpanan, tiada istilah gawat dalam 'lap top' hidupnya. Eh, gitu pulak?

Semalam saya meninjau-ninjau Plaza Angsana (saja datang mencuci mata). Saya perhatikan orang ramai sibuk membeli-belah. Bukan setakat itu saja, makan juga yang mewah-mewah. Daripada pemerhatian, tak salah rasanya kalau dikatakan bahawa kaum wanita menjadi penggerak utama ekonomi negara ini. Apa tidaknya, yang sibuk membeli di kedai kaset, orang perempuan. Yang sibuk memilih pakaian bayi, orang perempuan. Yang membelek dan membeli tikar buluh juga orang perempuan. Yang berdedai-dedai di Gulati's, orang perempuan juga. Orang lelaki mana? Ada...ada di kaunter-kaunter jualan, kaunter McDonald's, kaunter Pizza Hut, di celah-celah tangga Angsana, dan yang terselit dan melepak di luar Angsana. Ini baru Angsana...

Kalau tidak orang perempuan yang membeli-belah, mungkin tak berputar modal perniagaan peniaga-peniaga di Angsana tu. Kalau semua duit kita simpan, mungkin ekonomi kita semakin gawat. Sebahagiannya perlu dibelanjakan untuk memacu ekonomi negara (tak gitu sifu???).

Ada pendapat mengatakan yang orang perempuan memang kaki shopping. Setuju? Ya, secara peribadi saya setuju, secara ilmiah belum tentu. Saya sendiri tidak berminat membeli-belah (lagi-lagi sejak membaca laman web yang berkaitan dengan wang, simpanan dan kewangan). Beli yang betul-betul perlu. Saya tak kisah kalau kasut dua tahun tak berganti. Apa peduli! Selagi boleh pakai...sarung sajalah. Tapi keinginan membeli tetap melonjak-lonjak kerana beberapa faktor. Pertama, bila cik abang terlebih bagi duit. Kedua, sale sana sale sini yang kononnya hadir setahun sekali. Ketiga, nafsu tak dapat dibendung! (Maklumlah, wanita dikurniakan dengan sembilan nafsu!). Eh, alasan...

Oleh sebab itulah golongan wanita tetap dijadikan ikon dalam soal shopping. Ini baru kisah golongan marhaen...belum lagi kisah golongan atasan (datin, puan sri, datin sri) berbelanja. Kalau setakat beli-belah di Sogo, Jusco...huh! Apa class???

3 comments:

rahsia_jejaka_bitara said...

ERM...hanya ISLAM memartabatkan status wanita. Beruntunglah kerana kita sama-sama muslim.

Melihat Kesunyataan said...

Bila bab membeli dan berbelanja isteri biasanya lebih teliti dan berhemah, terutama kalau diberi kepercayaan sebagai menteri kewangan rumah tangga.

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Selain suami atau ayah, isteri atau ibu perlu belajar tentang pengurusan wang yang cekap. Saya melihat dalam hal ini, wanita lebih cekap menguruskan wang, sehingga ada suami yang memberikan semua wang gajinya kepada isteri untuk diuruskan. Saya melihat fenomena ini sebagai suatu yang baik, namun jika terus dibiarkan, satu peranan suami akan terjejas. Oleh itu, suami perlu memainkan lebih banyak peranan dalam pengurusan wang keluarga.