Pages

Tuesday, June 23, 2009

Budaya Orang Johor

Baru-baru ini saya ditegur oleh seorang teman; "kenapa kau suka cakap 'ek'?". Saya gelak agak besar setelah perasan yang teman itu bukan orang Johor. Ya, baru terfikir, kenapa setiap kali buat ayat mesti nak cakap 'ek'? Saya kira, mungkin itu trade mark lidah Johor. Sesiapa yang dilahirkan dan dibesarkan di negeri Johor ini, mesti tak akan terlepas daripada skima ayat seperti ini. Contoh ayat "kenapa kau tak nak pergi ek?" , "kenapa dah lama tak datang ek?", "buat apa belajar pandai-pandai ek?" (dan macam-macam 'ek' lagilah!). Sebenarnya 'ek' itu ialah ganti kepada tanda soal.

Orang Johor juga suka menjadikan 'kawan' sebagai kata ganti nama diri. Contohnya "kawan dah datang, tapi kau yang tak ada kat rumah", "bini kawan masak sedap hari ni", "anak kawan buat bising, kawan malas nak tego (tegur)". Ha...istilah 'kawan' bukan bermaksud sahabat atau teman. Kawan itu ialah 'aku' atau 'saya'. Walaupun mereka bermusuh antara satu sama lain, mereka tetap jadi 'kawan'! Cantik bahasa orang Johor ni.

Jika anda pernah ke majlis perkahwinan orang Johor, mungkin anda biasa mendapat telur pindang sebagai cenderamata daripada pihak pengantin. Telur Pindang ini, biasanya (selalu juga) hanya ada di Johor. Orang negeri lain, mungkin tak suka atau tak tahu langsung tentang telur pindang. Telur Pindang terhasil daripada telur ayam juga. Cuma cara membuatnya agak rumit dan menggunakan kos yang tinggi selain masa yang diambil terlalu lama (sehari semalam pun belum tentu siap!). Telur Pindang direbus bersama-sama daun-daun ulam seperti daun salam, daun jambu, daun serai, daun kunyit, daun lengkuas, daun pandan...(saya tak ingat apa lagi daun). Tapi, majlis kahwin zaman sekarang (zaman ekonomi meleset) jarang-jarang kita dapat telur, apatah lagi telur pindang. Saya pernah tanya ayah saya, kenapa balik rumah pengantin, selalu dapat telur? Ayah saya kata, kalau kita pergi kenduri kahwin (di Johor), kalau balik tak dapat telur, maknanya PENGANTIN TAK TAHU MENGAJI! Haaa...tuuu dia! Orang dulu kalau buat kenduri kahwin, akan dibuat sekali majlis khatam quran. Biasanya pengantin atau anak-anak saudara pengantin yang dikhatamkan. Habis majlis khatam, tetamu akan dihadiahkan dengan telur, atau lebih class lagi telur pindang. Telur pindang juga sebagai petanda aras level pengantin (golongan bawahan atau golongan berada). Biasanya golonga 'ada-ada' saja yang buat telur pindang.

Botok-botok juga salah satu makanan yang berasal dari Johor. Botok-botok merupakan ikan yang dikukus bersama-sama serbuk kari dan daun-daun (daun betik, daun puding, daun salam, iissshh...lupalah daun apa lagi), tapi yang pastinya botok-botok makanan berkhasiat dan sangat sedap (tapi tak semua orang sukakannya). Dan, bukan semua orang pakar membuatnya. Dan...bukan semua ikan sedap dibuat botok-botok.

Beberapa lagi istilah orang Johor yang tidak berbentuk global tetapi sering digunakan dalam masyarakat Johor sebagai bahasa basahan ialah 'endut', 'gebar'/'gebor', 'gerobok'/'gobok', 'bigor', 'bongok'. Setakat yang saya tahu, belum ada mana-mana penerbit buku yang menghasilkan Kamus Istilah Johor. Kamus istilah sangat berguna untuk genarasi akan datang, supaya mereka tidak terpinga-pinga apabila mendengar perbualan orang lain lebih-lebih lagi orang yang lebih tua daripada mereka.

Glosari:
1. Endut - kekasih (tanpa mengira jantina) Contoh ayat - Kau dah ada endut belum? Orang berendut, kau pun nak berendut.
2. Gebar - selimut (tanpa mengira material) Contoh ayat - Gebor semalam dah basuh ke belum? Dah kena air liur basi pun tak basuh-basuh lagi.
3. Gerobok - almari (tanpa mengira fungsinya) Contoh ayat - Gobok baju mak buat simpan baju, gobok kat dapur mak buat simpan pinggan mangkuk Arcopal.
4. Bigor - gila-gila (tidak sama erti dengan gila isim) Contoh ayat - Samdol yang bigor tu pun si Senah hendak.
5. Bongok - bodoh (sama makna dengan sengal dan stupid) Contoh ayat - Samdol tu pergi sekolah hari-hari pun, tetap bongok jugak. Entah apa yang dia makan pun aku tak tahu.

10 comments:

A.H. Hamzah said...

bukan sekadar pengganti tanda soal... 'ek' juga sebagai isyarat setuju atau penekanan pendapat terhadap kata sifat...

Contohnye: "Comel ek anak zura tu... sebijik muka mak dia..." sedangkan biasanya ayat itu disebut "Comel kannnn anak zura tuu..."

ATAU "Hissyy, besar ek rumah zura ni... macam Jaya Jusco!"

Penutur bukan meminta orang yang berlawan cakap untuk menafikan sifat 'comel' atau 'besar' itu tetapi lebih kepada menyampaikan pendapatnya... hehe tul tak zura? betul la ek...? ekekekekekek

Halil Ali said...

Orang Johor juga terkenal dengan kata-kata seperti :

Kuning mencahang.
Merah menjahang.
Jarang merejeng.
Kuning bersiau.
Putih melepak.
Hitam berkilat.
Tawar hebeh,
Masin mencekus.
Terang benderang.
Gelap gelita.
hitam legam.

Mungkin Zura boleh tambah lagi!

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Pertama sekali, mendepani orang Johor pada tahun 1995, saya terus membuat kesimpulan; bahasa dan budaya orang Johor begitu halus, santun, dan mesra. Saya, yang berasal dari kepulauan Guan Eng, benar-benar terasa akan kelainan ini kerana tikaman bahasa orang Johor persis puisi Usman Awang. Bunyi ek sebenarnya, 'memanjakan' suasana, selain fungsi yang dinyatakan oleh Azura dan saudara Hamzah.
Saya cadangkan Azura memulakan langkah untuk menerbitkan glosari atau kamus bahasa orang Johor! Amacam?

Rusdi Abd Rahman said...

Azura,
1. Layakkah saya menjadi orang Johor (walaupun bukan lahir di Johor) setelah 8 tahun lebih menetap di sini, apatah lagi 2 anak lelaki lahir di Johor?

2. Layakkah saya menjadi orang Johor setelah hampir 90% tempat dan kawasan (kecuali kepulauan sekitar Kota Tinggi dan Mersing) seluruh negeri Johor telah dikenali (apatah lagi telah naik Gunung Ledang...!) serta mengenali budaya dan cara hidup orang Johor termasuk makanannya?

Citra Wangsa said...

Hamzah,
aku setuju 'ek' sbg isyarat setuju dan penekanan. Yang aku tak setuju ayat kau bina...bombastik ek? (eh, ada jgk 'ek'???)

En. Halil,
Byk lagi istilah Johor yang jarang2 digunakan skrg. Mungkin boleh buat kajian tentangnya.

Cikgu,
Dah 14 tahun duduk Johor pun, bicara cikgu tetap pekat dan kelat Utara. Tapi tak pe...anggaplah itu bahasa baku nooo...

En. Rusdi,
Tiada sebarang syarat atau terma utk menjadi pemastautin Johor. Kalau dgr butir bicara, org tak akan tahu yang En. Rusdi bukan org Johor. Bukan mcm Mat Penang sorang tuuu...(hehehee).

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kak zura. setuju dengan kanda azhar. "bunyi ek sebenarnya, 'memanjakan' suasana." [bold:memanjakan] aduhai.he.he.

rahsia_jejaka_bitara said...

"ek" dua aksara yang mampu mengambarkan perasaan sipenuturnya. "ek" ini bukan sahaja wujud dalam budaya orang Johor tetapi juga menjangkau ke luar sempadan seperti Melaka dan sedikit kawasan Pahang, khusnya yang berjiran dengan Johor.

"Ek" juga seperti partikel "kah", contohnya " Ini kereta kau ek?"...kalau dalam ayat yang formal Ini kereta kau "kah"? Walaupun kata "kau" itu tidak molek didugankan.

Jadi satu lagi tambahan 'ek' juga sebagai kata tanya. Betul tak? Erm...betul tak ek?...tengok dah ek kat ayat aku tu!

Kot iya pun jadilah juga followers kita ek. Aik tak reti-reti nak kmen blog kita juga ke? Malas ek?
Huhuhuhu...

Rahiza Haszian Abdul Rahim said...

zura, busy tetap busy..projek tetap projek..ek? hehehe... bila nak dapat ek?

Unknown said...

Cukup gembira menemui blog anda, Zura. Terasa bagai kembali ke kampung halaman.

Asip said...

kawan bukan loghat orang pahang ke?? beloh pekan,, hurm..