
Ulam Raja bukan sahaja mudah ditanam bahkan senang menyelenggarakannya. Boleh hidup subur walaupun tidak berbaja. Di kalangan ahli sains, ulam Raja dikenali sebagai Wild Cosmos Caudatus (ganasss tu bunyi dia!!!). Tanaman ini berasal dari Florida, Amerika Syarikat. Bunganya berwarna unggu/kuning. Daripada bunga itulah terhasilnya benih ulam Raja. Walaupun daunnya sedikit berbau...tapi sedap dimakan (lagi-lagi dengan nasi panas!). Antara khasiat ulam Raja ialah:
1. Melancarkan peredaran darah.
2. Membersihkan darah.
3. Menguatkan tulang (kaya dengan kalsium dan vitamin A).
4. Kandungan antioksidanya yang tinggi.
Selamat menjamu selera dengan hidangan yang berkhasiat. Amalan memakan ulam-ulaman berupaya melambatkan proses penuaan sekali gus proses kematian.
1 comment:
Cantik gambar itu boleh buat lambang atau logo. Saya memang kagum dengan Jepun kental jatidiri tidak mudah melatah.
Post a Comment