Pages

Friday, June 19, 2009

Selamat Hari Bapa

Gembira dan bahagia melihat ayah sihat dan ceria melayan cucu-cucu.
Kasih sayang dan peluk cium ayah sentiasa kudambakan. Semoga ayah terus dilindungi Allah. Terima kasih atas segala-galanya yang sehingga kini tidak berupaya kubalas. Selamat Hari Bapa. I miss you, ayah...
Tangisan ayah semasa majlis pernikahan aku, sehingga kini masih terbayang-bayang. Betapa berat dia melepaskan aku kepada lelaki lain, walhal dialah yang mewalikan pernikahan itu. Itulah lumrah dan fitrah kehidupan. Ayah, tiada yang serupa denganmu. Percayalah. Sayang ayah!
Kaulah satu-satunya...di antara berjuta...insan teristimewa...

6 comments:

Rahiza Haszian Abdul Rahim said...

Yeah...hargailah dan sayangilah ayah ko sepenuh jiwa selagi hayatnya masih ada. dan jangan segan silu utk bagitau dia yg ko sayang dia. aku hepi utk ko kerana ayah ko masih di sisi...but deep down inside, terselit rasa cemburu kerana saat2 di samping ayah tidak akan ada lagi untuk aku..namun kasih sayangnya tetap abadi di hati aku....

Citra Wangsa said...

Thanks Intan. Al-fatihah utk Pak Rahim...

Melihat Kesunyataan said...

Zura,
Sejak saya menjadi bapa kepada enam orang anak dan telah menyaksikan dan merestui dua daripadanya berumahtangga memang terasa sebak. Satu persatu mereka pergi mencari jalan sendiri, ada tanggungjawab sendiri dan akhirnya tinggallah kami berdua (suamiisteri).

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Syukur ke hadrat Allah swt kerana ayah Azura kelihatan masih sihat, bertenaga, dan mudah-mudahan beliau akan terus dirahmati Allah swt serta dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan disihatkan tubuh badan.

Citra Wangsa said...

Tuan Haji,
Mungkin semua bapa yang ada anak perempuan akan merasai detik2 itu. Itulah memori paling sadis dlm riwayat hidup saya.

Citra Wangsa said...

Cikgu,
Alhamdulillah, ayah saya masih sihat (sihat2 org tua).