Pages

Friday, July 3, 2009

Bengkel Lanjutan Penulisan Novel

Susulan daripada bengkel yang terdahulu pada 2008, bengkel lanjutan telah dilaksanakan pada 26-28 Jun. Ini juga sebahagian daripada usaha perolehan manuskrip untuk DBPWS.

Kumpulan kecil ini telah dibimbing sepenuhnya oleh Puan Rozninah Ab. Azib; Editor Dewan Sastera dan Sesi Bersama Tokoh mengetengahkan Malim Ghozali PK sebagai undangan istimewa.

Penulis yang komited yang menyertai bengkel ini ialah Halil Ali, W.B. Rendra, Firdaus Ismail, Sasya Zainal dan Rosnita Abu Bakar. Saya mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan bengkel ini terutamanya kepada Kak Ena dan Pak Malim, Rizal dan Sharur. Semoga kita boleh menjalinkan kerjasama yang padu pada masa akan datang. Saya menanti janji-janji penulis. Selamat berkarya!

6 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Azura,
Tahniah.
Menunggu bengkel yang besar sifatnya atau impaknya (bukan atas dasar 100% permintaan pihak tertentu yang kadang-kadang pihak yang sama semata-mata nak buat program dalam daerah serta audiens yang sama...) yang difikir atas nama kreativiti dan ciptaan @ idea sendiri pihak 'Penguasa' yang satu lagi tu... (Azura faham kan... hehehe...)

Citra Wangsa said...

Heheee...fahammm..(malahan, lebih drpd faham..).

rahsia_jejaka_bitara said...

Aku sorang jer yang tak faham. Tahniah ya Zura. Kirim salam dengan kak Shima, katakan padanya Assalamualaikum.

Syaidul Azam Bin Kamarudin said...

Assalamualaikum Azura.
Jika diberitahu, ingin saya hadir.

Citra Wangsa said...

Salam Azimin,
Kerja-kerja kami si selatan ni memang ramai yang tak faham...kami sendiri pun kadang2 tak faham...

Sdr. Azam,
Maaf kerana tidak diberitahu.Takut sibuk dengan kuliah.

Penulisan2u said...

bila ada lak bengkel penulisan novel? wah bestnya