"In the sunlight of your smile. In the summer of our life. In the magic of love. Storms above scattered away. Lovers dreaming in the night. Reaching for paradise. But as the dark shadows fade. Love slips away. On an empty stretch of beach. In the pattern of the waves. Drawing pictures with my hand. In the sand, I see your face. Skipping pebbles on the sea. Wishing for paradise. Sand castles crumble below. The restless tides ebb and flow. Listening to a shell. Hoping for your voice. Beautiful Maria of my soul. Though we'll always be apart. Locked forever in a dream. If I ever love again. Even then, nothing will changeAnd the taste of you remains. Clinging to paradise. But as the distance from you grows. All that my heart ever knows. Hunger for your kiss. Longing for your touch. Beautiful Maria of my soul. Filling all my nights. Haunting all my days. Beautiful Maria of my soul..."
Maria tersenyum sendiri. Perasan. Lagu nyanyian Mambo Kings dalam rangkaian radio Singapura - Ria, membuai-buai perasaannya. Puitisnya seni kata lagu itu menjadikan Maria bagai berada di awang-awangan. Perasan sungguh.
Maria memakir keretanya di sebuah bank. Dia ingin membatalkan salah satu kad kreditnya yang belum pernah digunakan. Borang pembatalan kad kredit diisi dengan lengkap. Pegawai bank di hadapannya tekun memerhati.
"Kenapa nak batalkan?" ujarnya tiba-tiba.
"Saya tak memerlukannya," jawab Maria selamba. Pegawai bank tersebut mengambil kad tersebut dan menyemak transaksi penggunaan kad itu melalui komputer di hadapannya.
"Puan duduk dulu, nanti saya panggil semula," ujarnya lagi. Maria akur setelah menyerahkan borang pembatalan tersebut. Sambil menunggu pegawai bank tadi, Maria membelek-belek brosur-brosur tentang perkhidmatan yang disediakan bank tersebut. Pinjaman kewangan, insurans, tabungan, pinjaman korporat, ubah suai rumah, dan bermacam-macam lagi. Dahsyat!
"Maria Sharapova!" Maria tersentak apabila namanya dipanggil. Dia menuju ke arah pegawai bank yang menguruskan kadnya tadi. Pegawai bank tersebut senyum panjang.
"Sedap dan cantik nama puan...," puji pegawai bank tersebut. Tidak pasti, ikhlas atau ampu.
"Terima kasih," jawab Maria ringkas.
"Keturunan apa?" tanyanya penuh minat. Maria rimas. Perlukah pegawai itu mengetahui keturunannya untuk membatalkan kredit kad tersebut?
"Jawa!!!" pegawai bank di hadapannya tersengih-sengih mendengar jawaban Maria. Tanpa memandang pegawai tersebut, Maria mengambil salinan borang pembatalan dan bingkas berlalu dari situ. Malas dia berlengah-lengah. Maria bosan dengan masyarakat sekeliling yang sering kali memuji-muji namanya. Dia tahu, namanya memang cantik dan sedap disebut. Perasan lagi... Antonio Banderas pun suka namanya...kerana itu Beautiful Maria of My Soul popular seluruh dunia!
2 comments:
Salam AZURA,
Nampaknya Maria telah membatalkan lagi kad kreditnya! Oleh sebab tidak digunakan kad kredit itu, tindakan itu amat tepat sekali! Tahniah Maria Sharapova! Kalau kita percaya bahawa lebih banyak kad kredit yang kita ada menunjukkan bahawa kita orang berada, sebenarnya kita menunjukkan bahawa kita orang yang miskin!
Cikgu,
Maria memikirkan bahawa kad kredit bukan penyelesaian masalah kewangan. Tak ada pun tak apa...hidup masih boleh diteruskan.
Post a Comment