Inilah yang berlaku pada minggu lepas. Kereta kami dipecah masuk. Berlaku di Taman Kempas pada hari Jumaat yang mulia. Suspek utama, 'mat gian'. Namun, saya bersyukur kerana beberapa barang berharga tidak dikebasnya (mungkin suspek tidak bijak menilai harta). Suspek hanya berjaya merompak semangkuk duit syiling yang nilainya sama sekali tidak sama dengan harga cermin yang terpaksa diganti.
Kereta yang mempunyai alat penggera keselamatan tercanggih pun, tidak terkecuali menerima nasib yang sama seperti kereta kesayangan kami sekeluarga ini. Beberapa hari kami bermuhasabah diri. Insaf...(tapi dalam menginsafi diri, berguni-guni juga caci maki yang dikeluarkan kepada suspek). Semoga Tuhan membalas 'budi baik' suspek, dan diberi hidayah kepadanya.
4 comments:
Azura (maaf agak panjang komen ni),
Minggu lepas... Kereta Kecil Kancil isteriku telah dilanggar di bahagian depan, namun ada nasib baiknya (baca: Anugerah-Nya) pabila tuan kereta yang melanggar itu mengaku itu silapnya, tuan kereta itu sudi membayar kerosakan yang ada, dan Kereta Kecil Kancil itu yang dilanggar bahagian hadapannya punya 'besi penghadang mampat' (orang putih ala-ala PPSMI cakap 'kangaroo bar').
Yang hanya kemek dan hampir terpatah hanyalah 'besi penghadang mampat' dan sebahagian kecil kerosakan alat pendingin hawa(saluran dan tapisan) kerana hentakan yang kuat, kalau tidak muka depan Kereta Kancil Kecil itu renyok habis...
Kos biaya sebanyak RM480 untuk tukar besi penghadang dan tukar baharu sebahagian alat pendingin hawa, semuanya selesai dalam 2 hari sahaja. Tuan punya kereta itu jujur dan ikhlas. Terima kasih tuan punya kereta itu.
Azura,
Tentang kecurian, pecah kereta, pecah rumah, ragut tanyalah kawan-kawan boleh dikatakan semua orang ada pengalaman. Jadi sekarang ini bolehlah dikatakan kita tidak selamat hatta di rumah sendiri, di halaman sendiri, di kawasan perumahan sendiri, di kampung sendiri malah tidak selamat di negara kita sendiri. Kenapa?
Terlalu bangak mat gian, terlau banyak orang kesempitan wang, terlalu banyak orang yang tidak berpelajaran/pendidikan - rata-rata orang Melayu pulak tu. Apa pendapat Azura?
Walau bagaimanapun saya tumpang rasa kesal atas kejadian yang menimpa Azura itu. Saya pernah alamai hal yang sama. Yang dicuri tu cuma sebuah beg yang berisi fail-fail persatuan (Masa tu jadi setiausaha PPJ). Bukan ada duit pun, tapi yang dikesalkan kenapa ada orang yang tak ada kerja lain, asyik nak mencuri, meragut dan pecah kereta dan pecah rumah sahaja.
Salam AZURA,
Mungkinkah pemecah kereta itu orang yang sama dengan pemecah kereta saya? Kereta saya dipecahkan dulu hari Jumaat jugak. Sabarlah, Azura kerana janji Allah tidak pernah mungkir! Duit syiling yang hilang itu sekurang-kurangnya dapatlah dia beli sebungkus air tebu di tepi jalan penghilang dahaga. Azura juga yang akan mendapat pahala. Saya pun tertanya-tanya, mengapakah alat penggera keselamatan tidak berbunyi...Nampaknya, mat gian itu lebih terer daripada jurutera Honda! Lain kali, hati-hatilah...
En. Rusdi,
Nampaknya bukan saya saja yg ditimpa tragis...saya turut simpati dgn nasib Kancil isterimu...(nama je Kancil tapi,spare part Kancil..mahal ooo...).
Tn. Haji,
Saya masih fikir positif. Kita selamat di bawah naungan-Nya.Semoga mereka yang menganiaya org ini, diberi petunjuk oleh-Nya. Doa org yg teraniaya ni...tiada hijab dgn-Nya.
Cikgu Azhar,
Apa pun yang berlaku...saya tidak menyesal memiliki HONDA (hehehehe...). Belilah satu...bukan adrenal saja yg bergetar...malah saraf medula oblongata juga akan turut sama bergetaaaarrrr!!!
Post a Comment