Pages

Thursday, July 23, 2009

Amal Jariah?

Seorang teman sekerja dari tingkat satu menyergah Maria. Maria yang sedang khusyuk melakukan kerja-kerja penyuntingan novel Young Rahimah terkejut. Anak matanya merenung tepat ke wajah Hadah.

"Anak dara ni...main terjah saja!" Maria menjengkel.
"Kenapa kak? Pucat saja muka? Penat?"
"Mahu tak penat? Novel ni, plotnya mengelirukan!"
"Cerita tentang apa?" Hadah bertanya sekadar berbasi-basi. Punggungnya diletak kemas di atas kerusi di hadapan meja kerja Maria.
"Bagin!"
"Hah??? Bagin? Binatang apa tu?"
"Buayalah!"
"Laaa...ya kah? Tak pernah pula dengar orang panggil buaya tu 'bagin'," kali ini nampaknya Hadah lebih berminat.
"Bagin tu, bahasa orang Asli," jelas Maria ringkas.
"Sekalipun menyunting kisah bagin, tak kanlah sampai muka pun tak sempat nak make up?Dah macam bagin," Maria memandang wajahnya sekilas lalu pada cermin kecil di hadapannya. Mereka ketawa.
"Tak sempat nak jaga kecantikan," mereka berdua bergelak lagi.
"Kata semalam baru beli lipstik L'Oreal?"
"Beli saja...pakainya tidak,"
"Pulak???"
"Pakai untuk suami...," mereka bergelak sakan. Alasan. Pada hal Maria terlewat bangun pagi tadi, sehingga langsung tidak berkesempatan menyolek wajah 30-annya. Mujurlah kad perakam waktunya tidak merah.
"Kak, buku ni best. Buatlah ulasan," ujar Hadah penuh sopan, sambil menghulur senaskhah buku kulit keras setebal 727 halaman. Itulah tujuan sebenar kedatangannya.
"Tak sempatlah bulan ni. Banyak benda nak dikejar. Kau bukan boleh tolong aku,"
"Alaaa kak...buatlah. Boleh siar dalam DS lagi,"
"Ah, malaslah. Tak dengar Dato' cakap apa minggu lepas? Semua kerja luar tidak dibayar!"
"Alaaa kak...amal jariah,"
"Amboi...kalau semua nak dijadikan amal jariah, kita kerja ni pun tak payahlah bergaji!" Maria membulatkan biji matanya. Hadah ketawa. Geli hati sungguh dengan ungkapan Maria. 'Tahu marah juga perempuan ni....' bisik hatinya nakal.
"Jangan naik angin kak. Nanti nampak lebih tua," nasihat Hadah.
"Editor mesti tampak muda, supaya penulis suka jumpa akak!" sambung Hadah sambil berlalu meninggalkan Maria yang masih memegang manuskrip yang sedang ditangani.
'Ah, tampak muda pun, kalau kerja cincai boncai nak buat apa?' Maria bermonolog, sambil tangan kanannya menyapu gincu di bibirnya yang tampak kusam. Rugi juga gincu baru disimpan sahaja tanpa digunakan. Sebatang gincu juga hasil titik peluh kerja-kerja editorialnya.

bersambung...

5 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Azura,
1. Hadah tu kena diingatkan bahawa kerja yang ada bukan untuk 'main pondok-pondok'!
2. Tertarik dengan dialog...
"Editor mesti tampak muda, supaya penulis suka jumpa akak!" sambung Hadah sambil berlalu meninggalkan Maria yang masih memegang manuskrip yang sedang ditangani.
Ya... barulah mengerti... patutpun tingkat satu tempat Hadah bekerja tu sering 'riuh rendah' dikunjung dalam sehari 200-300 orang pelanggan termasuk pelanggan tetap di tingkat 3 dalam bangunan yang sama! Hahahaha....

- dari Penang Road, P. Pinang.

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Kata-kata yang berbekas di hati saya ialah:
Lakukanlah sesuatu yang paling anda suka, nescaya anda akan berasa tidak pernah bekerja...

Citra Wangsa said...

En.Rusdi,
Sempat juga meninggalkan jejak sekalipun berpergian urusan rasmi di Penang.

Tingkat 1 tu, mesra pelanggan...tu pasal 'riuh rendah'(Hari Bersama Pelanggan depa tu, setiap hari...hang tak tau kaa???)

Citra Wangsa said...

Cikgu,
Terima kasih atas ungkapan itu. Saya akan pegang...

Rusdi Abd Rahman said...

Azura,
Ya... istilah baharu untuk Tingkat 1 - SETIAP HARI MESRA DAN BERJUMPA PELANGGAN!