Pages

Thursday, July 9, 2009

Tentang PPSMI

Dua hari kebelakangan ini, semua akhbar (lagi-lagi akhbar arus perdana) memaparkan tentang keburukan PPSMI, kelemahan PPSMI, kegagalan PPSMI dan yang seangkatan dengannya. Tujuh tahun yang lalu (semenjak 2003 terutamanya), akhbar-akhbar tempatan (yang sama juga) secara berleluasa memaparkan tentang kebaikan PPSMI, keistimewaan PPSMI, kejayaan PPSMI dan yang seangkatan dengannya. Mengapa propaganda begini berlaku? (jawablah wahai tuan yang arif lagi bijaksana - kerana semua ini tuan punya angkara).

Berita yang disiarkan tentang pembatalan PPSMI sudah diduga (apatah lagi sekarang ini 'mereka' sedang bermanek urai). Sebenarnya, bukan sekarang pembatalannya. Itu sekadar pengumuman sahaja. Kita tunggu dan lihat pada 2012 nanti.

Ketika Dr. M memutuskan PPSMI dilaksanakan, pengumuman dibuat pada 2002 dan pelaksanaan serta-merta pada 2003! Dalam tempoh yang singkat, semua sekolah sudah bersedia dengan buku teks Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Mengapa pula pembatalan PPSMI diumumkan pada 2009 dan pelaksanaannya akan dibuat pada 2012? Mengambil masa 3 tahun atau lebih tepat lagi 2 tahun 6 bulan.

Suka saya perturunkan kenyataan Puan Ainon (orang kuat PTS) tentang isu bahasa ini. "Jepun berdaya maju kerana mereka enggan berbahasa Inggeris. India semakin mundur apabila melaksanakan sistem pendidikan dalam bahasa Inggeris. Empat daripada 12 orang Jepun telah memenangi Hadiah Nobel. Sebahagiannya langsung tidak pandai berbahasa Inggeris."

4 comments:

rahsia_jejaka_bitara said...

Inilah permainan politik namanya. Kuasa yang kita ada tiada kuasanya lagi.
Luahan ini cukup mengambarkan curahan hati ini.

Kecewa, kerana kalian tiada di dalamnya.
Faham, jika kalian di sisinya. Marah, jika kalian tahu bahawa bahasa Kebangsaan kita dipolitikkan.
Kesian, jika kalian bersama-sama dengan usaha DBP.
Simpati, jika kalian melihat usaha itu tidak diendahkan langsung. Geram, jika kalian melihat pemimpin itu tidak tahu memimpin tetapi hanya tahu mengarah tanpa melihat orang di bawah.
Dendam, jika kalian tahu bahawa Akta Bahasa Kebangsaan Yang DITERIMA DALAM PERLEMBAGAAN dipinggirkan kerana ideologi pemimpin yang mahu digelar WIRA Abad Globalisasi.

DEWAN BAHASA TENAGA JIWA BANGSA
NAMA DARI SUATU SEJARAH
API DARI SUATU ZAMAN
KESAKTIAN LIDAH RAKYAT

DEWAN BAHASA KAU OBOR KEBANGSAAN
RESTU DARI JIWA PAHLAWAN
NYALA MEMBAKAR SEMANGAT RAKYAT
KAU ABADI DAN KERAMAT
DIPAYUNGI LANGIT TANAH AIR
DIUSAP ANGIN PANTAI PERMAI
DILINDUNGI POHON NAN MENGHIJAU
DI SITU TANAH TEMPAT BERPIJAK

DEWAN BAHASA TENAGA JIWA BANGSA
NAMA DARI SUATU SEJARAH
API DARI SUATU ZAMAN
OBOR SEMANGAT NAN ABADI

BAHASA JIWA BANGSA

Rusdi Abd Rahman said...

Azura,
Itulah caranya agenda media arus perdana (termasuk stesen televisyen) di Malaysia yang menyebabkan ramai orang membaca berita serius tetapi boleh menyebabkan mereka ketawa terbahak-bahak, berita serius menjadi berita lawak jenaka!
Lawak jenaka dapat dilihat dan dibaca dalam media arus perdana selepas pengumuman pemansuhan PPSMI 2012 (jadikah mansuh kerana ada 2 tahun 6 bulan lagi ni...?) pabila media inilah juga yang menyatakan "memang PPSMI tinggalkan kesan amat negatif...", tapi cuba dilihat dan dibaca kembali berita dalam tahun-tahun 2003 hingga awal tahun 2009 ni kebanyakan bunyinya "memang PPSMI tinggalkan kesan amat positif..."!

Melihat Kesunyataan said...

Assalamualaikum Azura,
Benar,kita akan terus menganyam niskala jika terus percaya bahawa bahasa Inggeris adalah penentu segala

Citra Wangsa said...

Sdr. Azimin,
Dah lama tidak melagukan Bahasa Jiwa Bangsa di sini. Sayu juga hati.Terima kasih.

Sdr. RAR,
Memang benar. Orang media tentunya lebih arif. Kerana malas nak ketawalah saya tidak lagi menonton TV.

Tuan Haji,
Bahasa Inggeris bukan segala-galanya...(teringat keranda 152)...