Sebentuk cincin yang tersarung dijari manis tangan kiri saya sekadar cincin belah rotan. Cincin tersebut bukan cincin risik, bukan cincin pertunangan, bukan juga cincin perkahwinan. Tapi, saya sangat menghargainya dan paling menyayanginya berbanding cincin yang lain yang ada dalam simpanan peribadi saya. Cincin belah rotan itu merupakan cincin emas bersalut selang emas putih. Harganya saya tak begitu pasti kerana bukan saya yang membelinya. Itulah pemberian suami tercinta pada saat saya diberitakan mengandung anak sulung. Dia menyarungkan cincin tersebut sangkeng gembiranya dia apabila mengetahui kandungan sulung itu ialah anak lelaki. Bagi saya, memori 9 tahun lalu terlalu indah. Hanya kami berdua di dalam rumah ketika itu. Hanya Tuhan sebagai saksi kebahagiaan itu. Kerana itu, saya sangat sayangkan cincin belah rotan itu.
Cincin risik, cincin tunang dan cincin kahwin, biasa-biasa saja bagi saya kerana semua wanita akan memilikinya. Paling tidak pun cincin tunang. Saya tidak begitu menggemari cincin tunang. Pertama, cincin tunang tersebut disarungkan oleh orang lain (bukan suami). Kedua, cincin tunang yang saya miliki reka bentuknya biasa saja sedangkan hari pertunangan merupakan salah satu hari yang bersejarah dalam hidup seorang wanita. Ketiga, cincin itu sudah agak ketat untuk disarung (hahahhaaa...itulah sebab utamanya!). Cincin perkahwinan pula bagi saya terlalu 'meriah' bentuknya. Maklumlah cincin itulah yang paling mahal. Apatah lagi dihiasi dengan 7 berlian berkilau! Satu berlian pun sudah cukup menyilaukan mata, apatah lagi jika 7! Kerana itu, cincin kahwin setia dalam bekasnya. Selamatlah kau di situ selamanya...
3 comments:
salam kak zura. seronok juga cerita ttg cincin yek. erm, teringat dolu2, nak beli cincin kena bawa jarinya. kalau agak2 je tentu ada yang tak kena.he.he..
Aaaiii Ren...dah tak sabar nak menyarungkan cincin ker??? selamat ye...
Orang tengah darah manis tu Zura. Al-maklumlah, tak lama lagi hilanglah keterunaanya. Huhuuu...
Aku ni teruna lagi ke? Jejaka Teruna Idaman ok. Hahaha...
Nanti aku letak cerita pasal cincin kat blog aku lak.
Post a Comment