Pages

Thursday, July 2, 2009

Cinta dan Cita-cita: Pak Malim

Saya rasa cukup bertuah apabila dapat bersama-sama Malim Ghozali PK atau lebih senang dipanggil Pak Malim.

Pertemuan dengan beliau di Bengkel Lanjutan Penulisan Novel baru-baru ini telah membuka ruang dan peluang kepada saya dan rakan penulis lain untuk mendekati Pak Malim dan menyingkap kerahsiaan dirinya.

Mengenali puitisnya puisinya, sinisnya cerpennya dan hebatnya novelnya, memberi saya satu inspirasi bahawa beliau bukan calang-calang penulis, sementelah beliau telah menghilangkan diri selama hampir 15 tahun dalam dunia penulisan tanah air untuk mengkaji tentang mukjizat Rasulallah yang ditinggalkan kepada umatnya sehingga kini, iaitu al-Quran nur karim. Teori-teori sains dan matematik yang dikaji telah lebih mendekatkan dirinya dengan Ilahi. Dan saya sangat kagum dengan kajian yang beliau laksanakan. Kehebatannya bercerita tentang dunia penulisan, perjalanan seninya, pengembaraannya ke luar negara, kehidupannya dan impiannya sangat mengujakan. Sedar tak sedar, malam kian larut. Namun hati tetap ingin terus mendengar kisahnya.

Pak Malim sempat berfalsafah; 'Cinta yang paling manis untuk dikenang seumur hidup ialah cinta yang tidak sampai ke jenjang pelamin'.

Dan katanya lagi, 'Teman hidup yang paling membahagiakan ialah apabila kita sering bergaduh dengannya.'

Pak Malim, semoga kita bertemu lagi. Insya-Allah.

4 comments:

Wahyu Budiwa Rendra said...

kak zura, dan pada pagi itu yang sempat saya catat 'bahagia dalam perkahwinan dibina oleh dua insan'. aduhai. terima kasih, kak zura.

Citra Wangsa said...

Ren...
semua kata-katanya boleh dijadikan pedoman. Dialah sebenarnya 'daun' yang tidak akan gugur sekalipun telah layu ditiup pawana.

rahsia_jejaka_bitara said...

Cemburu tiba-tiba membungkam di kalbu. Saat mata ini menatap aksara yang disusun cemburu itu datang. "Kenapalah Zura tak jemput aku" getus bibir yang mengasyikan. "Aku ni ta terkenal lagi, sebab tu tak dijemput sekali " bunyi suara terkunci dengan bunyinya.

Citra Wangsa said...

Salam Azimin,
zaman ekonomi meleset ni, kita cuma layak naik bas untuk ke mana-mana...sanggupkah kau naik bas, 6-7jam untuk sampai ke Kota Tinggi?