Santau sering dikaitkan dengan ilmu hitam. Menurut kepercayaan pengamal perubatan tradisional, santau ada beberapa jenis antaranya santau angin, santau kaca, santau paku dan bermacam-macam lagi. Apa pun jenisnya, perkara ini tidak seharusnya dipandang sepi. Masyarakat Melayu sangat percaya dengan penyakit santau ini.
Baru-baru ini, seorang ustaz (kawan lama ayah saya) bercerita tentang buah sukun yang dipercayai boleh mengubati penyakit santau. Caranya ialah dengan menoreh sebiji buah sukun sehingga keluar getahnya. Tadah getahnya dengan kain putih yang bersih. Biarkan beberapa ketika untuk dikeringkan. Apabila kain yang bergetah itu kering, rendam kain tersebut ke dalam air suam. Baca al-Fatihah, ayat 3 Qul, surah al-Hasyr ayat 21-24 dan bismilah 6 kali-kemudian minum.
Kaedah ini juga boleh digunakan untuk mengatasi penyakit-penyakit ringan seperti panas dalam, muntah darah dan keracunan. Insya-Allah akan pulih.
1 comment:
Hah? Leh percaya ke nih zura? Maksud aku, selain keyakinan pada keizinan sembuh dr Allah, betul ke ciptaan-Nya ini mempunyai khasiat sebegitu??? Getah ngan kain yg direndam tuh tak mentoksikkan air ke? kene minum plak tu... terkulat-kulat aku membayangkan rasa dia kat lidah aku...
Post a Comment